Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Sedang asik saya membelek buku resepi angah. Tiba-tiba terpandang satu resepi yang menarik minat saya. Rasa macam teringin nak buat pula. Nampak macam sedap malah mudah sahaja bahan-bahannya.

Ayam Masam Manis.

Nasi sudah masak hanya tinggal lauknya belum di buat. Nak buat ke tak ye..ermm..


Resepi Ayam Masam Manis

Bahan A:
500gm isi ayam
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu teh gula
1/2 cawan air
2 biji tomato (dipotong baji)
3 biji cili hijau (dipotong serong)
3 biji cili merah (dipotong serong)
Minyak bagi menggoreng ayam
1/2 biji capsicum hijau (dipotong dadu)

Bahan B:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam sehingga masak(jangan biarkan garing bagi mengelakkan ayam menjadi keras)
2. Angkat ayam dan ketepikan. Tinggalkan sedikit minyak bagi menumis bahan yang dikisar.( bawang merah, bawang putih dan halia)
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
4. Masukkan cili merah, cili hijau, capsicum, air, sos tomato, sos cili dan gula. Biarkan sehingga mendidih.
5. Masukkan ayam dan tomato. Biarkan sebentar.
6. Hiaskan dengan kacang pis.
7. Angkat dan hidangkan.