Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Dah lama saya menyimpan keinginan untuk membaca Novel siri pahlawan islam iaitu Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel karya Abdul Latip Talib. 

Buku tersebut telah saya beli dari tahun lepas. 

Alhamdulillah, kali ini berkesempatan untuk mengembara bersama buku tersebut. Kerana angah telah meminjamnya. Buku tersebut telah di beli semasa karnival buku di Pulau Pinang bersama along.  

Buku ini adalah yang ke tiga sepanjang saya di Kelantan.

Sedikit perkongsian tentang tokoh terkenal ini.


Siapa Muhammad Al-Fateh Penakluk Konstantinopel?


1. Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.

2. Beliau merupakan seorang sultan yang mementingkan dalaman dan luaran tenteranya.

3. Sebelum sultan muhammad Al-Fateh, ramai sudah yang telah bersusah payah untuk memecah tembok konstantinopel.

4. Usaha Menakluk Konstantinopel telah dimulakan oleh Saidina Ali, Muawiyah bin Abu Sufian. Sultan Sulaiman, Khalifah Harun al Rasyid dan Sultan Beyazid tetapi semuanya menemui kegagalan. 

5. Akhirnya pada 20 Jamadil awal tahun 857 hijrah bersamaan 29hb Mei 1435 masihi dengan pelbagai usaha dan strategi yang dirancang oleh beliau barulah kota konstantinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhamad al Fateh.

6. Sultan Muhamad al Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada Istanbul lalu dijadikan ibu kotanya. 

7. Kemudian beliau menakluk Serbia  dan Bosnia . Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. 

8. Ketika berada di kemuncak kegemilangannya, Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. 

9. Setelah itu ketika Beliau mahu membuat persiapan menakluk Rhodesia akhirnya beliu meninggal dunia kerana diracun oleh seorang Yahudi bernama Maesto Jakopa.

Abdul Latip Talib
Muhammad Al-Fateh - Abdul Latip Talib
Dalam novel ini, saya sangat mengagumi perancangan yang teliti Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha menakluk Kota Konstantinopel.

Beliau mendidik tenteranya luar dan dalam. (Rohani dan Jasmani).

Kejayaan beliau adalah kejayaan semua.
 
Saya teringat kata-kata motivasi tentang perancangan..,  

Gagal merancang, maka kita merancang untuk gagal

So.... kena rancang strategi dari sekarang... yup! untuk diri sendiri dan blog nota insan ini....

Saya sangat sarankan kepada rakan-rakan supaya membaca buku ini.