18 Januari 2013 adalah hari lahir mak - Normawati Binti Othman. Pertama kali dalam seumur hidup tidak dapat menyambut hari lahir mak.
Setiap tahun abah mesti akan menyambut hari lahir anak-anaknya termasuk mak. Kali ini mak dan abah hanya menyambut berdua.
Sukar untuk digambarkan, saya tidak dapat menyambut bersama-sama mak dan abah. walaupun abah hanya bersederhana apabila menyambut hari lahir.
Saya sekeluarga sangat gembira. Bagaikan saya hidup di dalam dunia sendiri.
kek hari lahir mak tahun lepas.
Hati ini terasa mahu sahaja balik ke kampung sekarang ini. untuk menyambut hari lahir mak bersama. Apa boleh buat hanya sekadar terucap di dalam hati.
Mak dan abah tersayang
Doa buat mak dari anak mu di perantauan
Sempena ulang tahun kelahiran mak ku ini ya Allah, Aku menadah tangan dan memohon kepada mu…
Panjangkanlah umur mak ku dalam kebajikan. Agar aku dapat membalas segala jasanya yang tidak terhingga.
Kau kurniakanlah nikmat kesihatan kepadanya. Agar mak ku dapat meneruskan tanggungjawab sebagai 'Hambamu"
Ya Allah..
Kau berilah mak kekuatan. Agar tabah mengharungi liku-liku kehidupan. Yang penuh dengan rintangan dan cabaran.
Ya Allah..
Jadikanlah mak ku orang yang beriman. Yang tunduk dan patuh kepada segala perintahMu.
Yang bersyukur atas segala nikmatMu. Yang peduli dengan segala suruhanMu. Kau ampunilah segala dosa mak. Agar mak tampil suci mengadapMu.
Mak..
Selamat Hari Lahir Semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi mu..
Saya sayang mak...
7 Comments
selamat hari lahir ye makcik :) makcik nampak sihat
BalasPadamharap makcik sentiasa dilimpah kesihatan yang berpanjangan disamping keluarga tersayang ye :)
amin..trma ksh
PadamSelamat Ulang Tahun Mak...Semoga Allah panjangkan umurmu dalam keberkatan.
BalasPadamTapi kali ini Akak ada dekat rumah bersama emak
BalasPadamha'ah nampknya xkesunyianlah
PadamSelamat hari lahir utk mak cik. Semoga dipanjangkan umur dan diberkati Allah selalu.
BalasPadamamin..terima kasih
PadamCatat Ulasan