Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Pejam celik pejam celik.. sekejap je dah kena masuk belajar semula. Kerinduaan yang sangat-sangat menjelma ke dalam diri. Rindu pada Alam persekolahan di sekolah.

Sekarang ini perlu berjuang pula di dalam alam Universiti. Beberapa hari sebelum hari pendaftaran di UITM Machang. Keresahan yang berlumba-lumba menghimpap diri ini. Seperti seketul batu besar yang menimpa.

Bak kata angah termenung macam orang yang sedang tunggu untuk menikah.(dia jela yang cakap.). Makan betul-betul tak lalu. Mandi pun tak basah. Rasa macam nak demam.

Apabila tibanya hari pendaftaran. Tanggal 2/Jun/2013 mencatat sejarah yang tersendiri. Dalam sejarah hidup pertama kali di tinggalkan oleh keluarga.

Masa salam dengan mak abah. Tercetusnya situasi yang berbeza. Air mata mulai menitis pelahan-lahan yang semakin lama laju seperti hujan yang membasahi bumi.

Didalam hati ini ingat saya katakan secara lisan kepada mak abah tolonglah jangan tinggalkan adik di sini. Adik tak biasa dengan kehidupan begini.

Mak abah seperti mengetahui isi hati saya. Terus meluru kearah kereta meninggalkan saya sendirian di tangga kolej. Mungkin mereka takut saya akan berkeras untuk ikut mereka pulang bersama.

Mulai malam itu setiap malam pasti saya akan menangis. Tangisan esakan yang berpanjangan sehingga tertidur.

Tangisan mengenangkan keluarga..Tangisan untuk minggu MDS juga hehe. Saya mengaku...Saya anak bongsu yang manja. Manja bukanlah tergedik-gedik begitu huhuhu. Manja tidak pernah berenggang dengan keluarga.. Kuat menangis...

Tambahan pula..majority pelajar-pelajar lain asal kelantan. Saya orang Perak. Begithu sukar untuk berkomunikasi. Oleh itu terpaksa lah berkawan dengan diri sendiri. Tiada kawan sedih hermmmm..

Apabila tiba hari yang ke tiga. Semasa pulang dari kafetaria kolej THO ke bilik untuk tidur kerana jam hanya tinggal beberapa minit untuk berginjak ke angka 12tengah malam. Tiba-tiba ternampak sebuah kereta yang tidak asing lagi. Myvi milik angah.

Saya yang terlalu teruja terus meluru ke arah kereta. melihat sahaja wajah angah dan kak ngah. Saya terus membuka pintu kereta dan menangis di kusyen kereta.

Ego yang sering bermaharaja lela di dalam diri seakan-akan tidak pernah wujud..