Assalamualaikum dan salam sejahtera

Amalan apabila bangun tidur yang seterusnya adalah berkenaan tentang kebersihan mulut.


Bersugi (Menggosok Gigi) Selepas Bangun Tidur

Setelah kita menyapu muka dan berdoa, bolehlah kita bersugi atau menggosokkan gigi. Amalan ini merujuk kepada suatu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Apabila Rasulullah s.a.w bangun daripada tidur, baginda akan membersihkan mulutnya dengan bersugi." (Muttafaq 'alaih)

Galakan Bersugi

Bersugi bukan sahaja boleh dilakukan setelah bangun dari tidur, tetapi juga waktu-waktu lain terutamanya sebelum bersolat. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “.( Riwayat Muslim )

Kelebihan Bersugi

Sebenarnya, terdapat banyak kelebihan bersugi atau menggosok gigi ini. Di sini saya senaraikan beberapa kelebihan sahaja.

Kelebihan yang saya kongsikan di sini boleh dirujuk dalam Kitab Matla’al Badraian karangan Syeikh Daud Fattani.

  1.     Dapat menambahkan akal.
  2.     Dapat mencerahkan mata.
  3.     Melambatkan tumbuh uban .
  4.     Dapat menggandakan pahala.
  5.     Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
Apabila bangun dari tidur tentu mulut kita kurang selesa dan baunya kurang menyenangkan. Apa tunggu lagi, mari gosok gigi.