Menyapu Muka Setelah Bangun Tidur
Amalan ini disarankan oleh Rasulullah SAW sepertimana yang disabdakan oleh baginda dalam sebuah hadith yang bermaksud:
"Rasulullah bangun tidur, kemudian duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangannya."(Riwayat Muslim)Amalan ini merupakan salah satu adab selepas bangun tidur yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Hikmah Menyapu Muka
Pasti ada hikmah di sebalik amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ini. Umpamanya, jika kita menyapu muka dengan tangan, kita akan rasa lebih segar dan mata kita akan lebih cerah selepas terjaga daripada tidur.
Kajian Saintifik
Saya belum menjumpai hasil kajian saintifik terhadap perbuatan menyapu muka ini yang boleh dikongsikan di sini. Namun bagitu, saya yakin bahawa amalan ini mendatangkan kebaikan kepada kita.
Marilah kita beramal tanpa memikirkan kelebihan yang kita bakal perolehi di dunia. Ini kerana, jika kita mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dengan ikhlas pasti ganjarannya di akhirat.
0 Comments
Catat Ulasan