Assalamualaikum

Bagi ibu bapa yang dikurniakan anak mesti mengajarkan kepada anak anda tentang akil baligh sebelum umur mereka sudah sampai masanya.

Hal ini merupakan perkara penting yang mesti diambil perhatian supaya bila anak anda sudah sampai kepada akil baligh, mereka tahu apa yang Islam benarkan dan apa yang dilarang.

Dalam erti kata yang lain, proses perubahan fizikal seseorang lelaki mahupun perempuan kepada alam baligh akan mereka lalui sewajarnya beriringan dengan keimanan dan kefahaman tentang syariat Islam.

Tambahan pula, pada peringkat baligh ini semua amal perbuatan mereka mula diperhitungkan. Malaikat Raqib dan Atid mula mencatat setiap kemungkaran dan dosa yang dilakukan.


Tanda-Tanda Baligh Bagi Lelaki dan Perempuan Yang Patut Anda Ambil Tahu [ Video ]
Tanda-Tanda Baligh Bagi Lelaki dan Perempuan Yang Patut Anda Ambil Tahu [ Video ]


Tanda-Tanda Baligh Bagi Lelaki dan Perempuan Yang Patut Anda Ambil Tahu


Tanda-tanda baligh bagi lelaki


Apabila keluar air mani (sudah sampai syahwat) melalui mimpi yang lian daripada biasa. 

Mulai saat itu ank tleh baligh atau cukup umur dan mukalaf (dibebani oleh hukum-hukum syarak seperti orang dewasa.

Dari segi umur, kebiasannya lelaki baligh antara usia 12 hingga 15 tahun.

Ibu bapa atau pendidik perlu menerangkan kepada mereka tanda-tanda baligh

Tanda-tanda baligh bagi perempuan


Apabila mendapati darah haid keluar dari kemaluannya, bererti ia telah balighah dan mukallafah. 

Kadangkala tanda baligh anak gadis bukan dengan keluarnya darah haid tetapi ada juga tanda haid seorang anak gadis dengan mimpi.

Hal ini dapat dikesan jika mendapati air halus berwarna kuning pada kainnya apabila ia sedar daripada tidur (setelah mengalami kelainan mimpi daripada biasa).

Tuntutan Mandi Wajib


Antara perkara yang mewajibkan mandi bagi seorang lelaku mahupun perempuan ialah apabila keluar air mani dan haid.

Anak gadis perlu mandi hadas setelah selesai tempoh haid sesingkat 1 hari dan maksimum 15 hari.

Oleh yang demikian, ibu bapa dan pendidik mesti memberi bimbingan kepada anak lelaki dan anak perempuan tentang cara mandi wajib yang betul kepada anak-anak sebelum mereka akhil baligh supaya mereka mudah melakukan mandi wajib apabila tiba masanya.

Tuntutan Menutup Aurat


Dengan bermulanya alam baligh bagi seorang lelaki atau perempuan, maka wajiblah mereka menunaikan  segala hak dan tanggungjawab sebagaimana yang disyariatkan oleh Islam seperti menjauhi pergaulan bebas dan menutup aurat.

Video Penerangan Hal Berkaitan Baligh 


Maksud Baligh


Tanda Baligh



Dosa Sebelum Akil Baligh



Tanda Akil Baligh Yang Ramai Yang Tidak Tahu





Kesimpulan

Ada ulamak berpandangan bahawa menuntut ilmu fardhu ain bagi seorang muslim perlu diselesaikan sebelum keluarnya tanda baligh.

Ini bertujuan agar semua tuntutan agama terhadap muslim itu dapat dijalankan dengan baik dan terlepas daripada dosa.

Oleh yang demikian, ibu bapa dan pendidik memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak agar memahami ilmu fardhu ain terutamanya tuntutan bagi seorang yang sudah akil baligh.

Panduan ini di adaptasi daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat. 

Untuk lebih yakin dengan ilmu yang kita pelajari banyakkan membaca, mengkaji, bertanya dan mengadap guru.