Assalamualaikum 

Islam memang cukup indah. Islam sentiasa membawa keselamatan kepada kita semua. Islam tidak membebankan penganutnya. 

Meskipun kita tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan solat walau dalam apa keadaan sekalipun kecuali meninggal dunia, tetapi kaedah untuk menyelesaikan masalah untuk menunaikan kewajipan solat pasti ada.

Umpamanya wuduk. 

Jika hendak solat, wajib berwuduk dahulu.

Namun begitu, ada keadaan tertentu yang menyebabkan kita tidak boleh berwuduk seperti tidak ada air atau anggota badan tidak boleh kena air kerana sakit.

Oleh itu, Islam mensyariatkan tayammun.

Mari kita belajar cara bertanyammun yang betul.

Panduan Tayammum Yang Betul [ Video ]
Panduan Tayammum Yang Betul 


Panduan Tayammum Yang Betul [ Video ]

Pengenalan Tayammun

Tayammun merupakan keringanan atau rukhsah yang diberikan kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah ketika dalam keadaan uzur yang dibenarkan oleh syarak.

Ia sabagai pengganti kepada wuduk atau mandi janabah (mandi hadas besar) sebagai cara yang diharuskan untuk melaksanakan perkara fardhu seperti solat dan tawaf.


Syarat -syarat tayammum

Ketiadaan air

Beberapa keadaan ketiadaan air boleh berlaku kepada kita seperti:  

Sekiranya yakin bahawa tiada air sehingga habis waktu solat atau air yang dijual terlalu tinggi sehingga kita tidak mampu membelinya, maka bolehlah kita bertayammum.

Jika punca air terlalu jauh juga kita boleh bertayammum.

Semasa bermusafir, kita benar-benar yakin bahawa tidak ada sumber air yang kita temui maka bolehlah bertayammum.

Namun, kita masih ragu-ragu kemungkinan ada sumber air maka kita perlu cari dahulu sehingga yakin sudah tidak ada bekalan air dengan syarat aman daripada bahaya.

Keuzuran kerana sakit

Tidak boleh menggunakan air sama ada penyakit lambat sembuh atau semakin melarat sakitnya jika terkena air.

Air diperlukan untuk perkara yang lebih  penting

Air memang ada tetapi untuk minum atau keperluan binatang yang dihormati.

Dilakukan  setelah masuk waktu solat

Tayammun boleh dilakukan jika sudah masuk waktu solat kerana tayammum itu darurat.

Menggunakan debu tanah yang suci

Menggunakan debu tanah yang bersih lagi suci. Kalau bercampur tepung atau pasir, tidak harus menggunakannya.

Mengetahui arah kiblat

Sebelum bertayammum perlu mengetahui terlebih dahulu arah kiblat untuk bersolat.

Rukun Tayammum

  1. Niat
Lafaz Niat Tayammum


lafaz niat tayammum
Sahaja aku bertayammum untuk mengharuskan solat semata-mata kerana Allah SWT

  1. Menyapu debu tanah ke muka
  2. Menyampu debu tanah di tangan dengan menggunakan debu yang lain selain daripada yang disapu ke muka tadi) sehingga ke siku. (Walaupun ada pendapat mengatakan tidak perlu sampai ke siku memadai di pergelangan tangan)

Perkara Sunat Tayammum

  1. Membaca basmalah
  2. Medahulukan tangan kanan daripada tangan kiri
  3. Berurut-uratan

Syarat Sah Tayammum

  1. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
  2. Debu tanah yang suci.
  3. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang  telah digunakan).
  4. Ada qasad (niat) penggunaan debu tanah.
  5. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.
  6. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
  7. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat.
  8. Satu tayammum bagi satu solat fardhu dan beberapa solat sunat

Perkara yang membatalkan Tayammum

  1. Setiap perkara yang membatalkan wuduk adalah yang membatalkan tayammum
  2. Murtad
  3. Mendapat air. Sekiranya telah memperolehi air seletelah bertanyammum, tetapi belum solat maka perlulah menggunakan air untuk berwuduk dan bersolat. Sekiranya sesudah bersolat (dengan bertayammum) tiba-tiba ada air maka tidak wajib diulangi lagi.

Video Panduan Tayammum Yang Betul

Cara Mudah Untuk Tayammum



Panduan Tayammum Untuk pesakit


Masalah Tayammum Untuk Orang Sakit



Bertayammum tangan berbalut



Kesimpulan


Panduan betayammum ini merupakan panduan yang diambil daripada buku Indahnya Hidup Bersyariat.

Saya cadangkan kepada anda agar menuntut ilmu secara besemuka supaya lebih yakin dengan ilmu yang diperlolehi.

Namun demikian, penerangan ini boleh dijadikan panduan untuk melakukan tayammum insyaAllah.

Teruskan menuntut ilmu agar kita sentiasa menjadi pelajar.