Huh...


Penat....


Letih....



Demam....



Ya... aku sebenarnya baru pulang dari kelas di UiTM Machang.



Menunggang motisikal sangat meletihkan.  Mungkin rintangan angin dan hentakan jalan yang tidak rata.



Walau keributan tubuh yang tidak menentu - akibat berjaga waktu malam demi pensyarah tercinta untuk siapakan tugasan, aku masih mampu menggerakkan tubuh ini.



Alhamdulillah....


asas website
Doakan aku mampu memiliki sebuah laptop Apple macbook air macam abang aku

Kelas Asas Bina Website



Semester ini ada satu subjek yang aku suka. Pensyarah yang mengajar pun hensome - Sir. Faiz, memandu kereta Mitsubishi Lancer.  Smart.  Gaya ala-ala pelakon korea.


Tak ada gambar aku nak upload disini.


Urmm.... kalau sempat nanti aku curi-curi snap gambar dalam kelas...huhu....



Dalam kelas....



Keletihan teramat sangat hari ini tidak terasa.  



Tak perasan pun masa berlalu dengan pantas...



Sebab...






Aku suka dengan perkataan "website".  



Aku terlebih awal ada website(blog) sebelum ke kelas ini. Bezanya, aku punya blog yang dah siap template - guna blogspot.



Klik sana, klik sini dah siap...


Tak sampai 10 minit pun....

Dalam hati.. "nak jer aku tunjuk yang aku dah ada blog sendiri"... tapi itukan bisikan syaitan... yang nak merasuk aku supaya jadi bongkak, riak dan takbur...


Setiap ilmu itu berbeza-beza...



Dalam kelas ni sir. Faiz ajar asas.  



Asas yang paling asa untuk pembangunan sebuah website...



Aku wajibkan diri - untuk beri tumpuan sepenuhnya...



Analogi mudah yang aku boleh cerita:


Seperti seorang yang dah pandai memandu kereta.  Memang expert lah dalam bab pandu kereta.  Dah tahap boleh masuk formula 1. Namun, bila dia ambil ujian memandu untuk dapatkan lesen, belum pasti dia lulus... kalau dia lulus memandu pun, ujian undang-undang tetap kena ambil juga...

Begitulah dalam nak buat website ni.



Semoga korang faham dan dapat kaitkan dengan pelajaran asa website.ok.



So, tetapkan hati... 


Belajar, belajar dan teruskan belajar...


Prof. Dr. Muahaya berpesan "jangan sesekali memandang rendah terhadap makhluk yang lain, sedarlah diri kita itu jahil, fakir lagi miskin...kerna yang ada pada diri sendiri itu pun adalah kenyataan kepada kebesaran Allah s.w.t."


Guna coding yang apa pun aku tak faham.



Sungguh...


Sungguh jauh beza dari buat blog guna blogspot.  Kan senang kalau guna template ajer...



Yang ni, kena hafal pelbagai coding html...


Walau tak faham - sesungguhnya aku seronok.



Hari ini baru aku faham konsep asas yang sebenarnya sebuah laman blog tercipta.



Dari sekecil-kecil perkataan akan menghasilkan sebuah laman web yang cantik.



Beruntunglah bagi aku yang guna blogspot.



Semua dah ada...



InsyaAllah, kalau dikurniakan kudrat aku update nota yang telah diajar dalam kelas.



Sir Faiz pesan, "asas ini hanya sekadar pengenalan, selebihnya bergantung kepada kreativiti dan explore sendiri tips serta trick dalam internet."


Okey,


Aku nak tidur dulu. 



Lepastu....Nak releks dulu... 



Lepastu.... Nak layan running man ngan citer korea kejap.


Lepastu baru buat assignment...


Lepastu...lepastu...dan lepastu lagi....




Akhirnya, semua last minitues jugak siap....


Beginilah hidup sebagai pelajar....





See ya...next post.