Assalamualikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Hari yang sangat-sangat letih adalah semalam. Kelas ELC 030 bermula pada pukul 8 pagi dan habis  pukul 10pagi. Kemudiannya jika di ikutkan ada kelas MAT 037 pada pukul 12 tengahari.

Nasib agak menyebelahi saya kerana tiba-tiba kelas mat dibatalkan. Hati ini melonjak girang hehe.

Alhamdulillah terdetik di dalam fikiran saya setelah mendapatkn berita tersebut. Mana tidaknya boleh lah saya selesaikan masalaah saya yang masih tiada kesudahannya.

Selepas tamatnya kelas ELC saya terus mendapatkan tenggiling(VAN Pengangkutan awam UITM Machang) dan kembali ke kolej kediamaan Dato Onn(DO).

Sesampai sahaja di bilik perkara pertama saya lakukan ialah telefon mak di kampong. Mohon kepadanya doa semoga masalaah saya dapat di selesaikan hari ini juga.

Setelah bersepakat dengan kawan setia yang bernama shamimi. Kami berdua terus ke Bandar Machang untuk meyelesaikan urusan Bank yang masih tertangguh.
 
Dalam Tenggiling ke Bandar Machang kali kedua mencuba tenggiling ke machang..
 
Alhamdulillah berkat doa dari mak semua masalaah dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat. Beribu-ribu kesyukuran menitip di bibir.
 
Sudah alang-alang ke Bandar Machang. Mula lah perasaan Perempuan itu meresap kedalam diri. hehe memboronglah apa lagi.
 
Niat di hati sudah lama mencari Sarung Tangan Jejari. Satu Bandar Machang kami round dengan tiada kesedaraan yang sekarang ini berada di dalam bulan puasa. huhu. Dengan berkat usaha tumpu jaya mencari akhirnya dapat juga ketemunya.
 
Inilah gerai yang menjual sarung tangan jejari tersebut.
 
 
Sarung tangan jejari berharga RM4.90..
 
sarung tangan jejari
Naik Tenggiling semasa balik..
Semasa Balik ke UITM semula
Sebelum ke kelas CTU 001
 
 
Kembali semula ke uitm machang dan tiba pada pukul 2. Selepas itu bersiap pula ke kelas CTU 001. Berada di dalam kelas yang berpenghawa dingin memang membuatkan badan menjadi letih. Kelas CTU 001 bermula pada pukul 4 dan berakhir pada pukul 6 petang.
 
Pada Petang itu, nasib agak tidak menyebelahi saya, kerana tenggiling sudah tiada semasa kami mahu pulang ke Kolej DO. Kami berdua terpaksa memanjat tangga. Keletihan yang teramat sangat sehingga tidak mampu terluah. Malam itu.. saya terbaring keletihan. Nyenyak di uli mimpi indah..

 
 
Syukur ini adalah ujian kesabaran kepada kami berdua di bulan puasa. Kerana Disebalik kesabaran ganjaran akan kami dapat...