Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Bini Aku Tomboy ke ?Tajuk yang diberikan kepada sebuah novel terbitan Kaki Novel. 

Arisa Eriza empunya nama penulis berbakat yang lahir di dalam dunia novel.

Novel ini masih belum di kahtamkan lagi. 

Kerana baru 3jam 10minit 3saat buku tersebutt telah bertukar tangan melalui sistem tukar beli wang dan barang. Novel ini di panggilan sebagai barang kehendak. 

Di mana.. Di dalam teori Ekonomi Asas. Ekonomi merupakan ilmu yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak-kehendak manusia yang tidak terhad.

Aik apa yang saya telah cuba merepek. hehe.. Inilah akibat merindui subjek ekonomi asas. 

Masa lepas akad nikah, aku tertanya-tanya sendiri... bini aku ni tomboy ke?

Sinopsis

Zack: Nama sebenar... sofi Zarill Muhammad. Nama panggilan... Zack. Penampilan... rambut pendek, t-shirt, cap dan seluar jean. Pernah menjadi kegilaan Sabariah(house mate zaman belajar di universiti) dan Arin( pembantu rumah), "Suka hati aku la dengan cara penampilan aku..janji aku tak buat dosa dengan tuhan."

Abang Din: Penyelamat ketika Zack kehilangan dompet di Kuala Lumpur. Bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. tiba-tiba menjadi keliru terhadap diri sendiri apabila mula jatuh hati dengan Zack. " Takkan aku ini gay kut?"

Azim: Kasanova tersohor dengan ayat menggoda yang bisa mencairkan hati sang wanita. Teman sepermainan Zack sedari kecil lagi. Cuba dijodohkan dengan Zack oleh ibu bapa masing-masing. " Aku dengan kau, Zack? No Way, beb!"

Siapakah akhirnya yang menjadi pilihan Zack ? sampai bila Abang Din beranggapan bahawa Zack itu adalah seorang lelaki? Adakah Azim akan bersara daripada menjadi kasanova?

Jom kita jelajahi novel ini... Kerana saya juga baru ingin memulakan pengembaraan di dalam dunia penceritaan novel BINI AKU TOMBOY KE?
.