Sedar tak sedar sekarang ini kita telah pun melangkah bulan ke 7hijrah iaitu bulan rejab.
Terkenal dengan panggilan Rejab Bulan Allah.
Rejab bermaksud kebesaran dan kemuliaan.
Bagi umat islam, kita mestilah menperingatkan dan memuliakan bulan rejab kerana peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W iaitu Israk dan Mikraj.
Tetapi ada juga peristiwa yang berlaku pada bulan rejab yang masih belum diketahui..
1.Hijrah pertama ke habsyah
-peristiwa ini berlaku kerana kaum musyrikin makkah memberi
tekanan dan ancaman kepada rasulullah saw dan mereka yang beriman kepada
baginda saw ketika itu.
-tujuan hijrah ini adalah untuk meyelamatkan iman dan
keselamatan diri. Di damping itu, mencari tempat baru untuk islam bertapak dan
menyusun langkah bagi agenda seterusnya.
-antara meraka yang berhijrah ke habsyah ialah ‘uthman bin
‘affan dan isterinya ruqaiyah puteri rasulullah, abu huzaifah dan isterinya,
al-zubair bin al-awwam, mus’ab bin ‘umair dan abdul rahman bin ‘auf.
2.israk dan mikraj
-apabila menyebut tentang peristiwa israk dan mikraj, sudah
pasti kita akan terbayang kisah perjalanan rasulullah saw bersama malaikat
jibril.
-israk iaitu perjalanan nabi saw menaiki binatang buraq dari
masjidil aqsa, di baitulmaqdis, palestin.
mikraj ialah perjalanan dari masjidil aqsa ke sidratil
muntaha di langit yang ketujuh.
Tiba Bulan Rejab
Rasulullah ﷺ telah berdoa agar berjaya sampai ke bulan Ramadhan, apabila tiba bulan Rejab, Rasulullah ﷺ berdoa :
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبارك لنا في رمضان
Ya Allah.. Berkatilah kami di bulan Rejab dan syaaban, serta sampaikanlah kami dengan ramadhanJom kita berdoa....
0 Comments
Catat Ulasan