Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera
Entri kali ini bakal membincangkan serba sedikit tentang satu amalan daripada 5 Ubat Hati yang pernah dibincangkan sebelum ini. Perkara yang dimaksudkan adalah Zikir Malam Berpanjanglah.
Zikir Malam Berpanjanglah
Sebenarnya, amalan berzikir tidaklah terikat dengan masa sama ada siang atau malam kerana kita digalakkan mengamalkannya setiap masa.
Barangkali di waktu malam hari, suasana yang lebih tenang dan tenteram membolehkan kita fokus kepada Allah dalam berzikir. Lantas ianya menjadi ubat hati kita.
Sesuatu amalan yang digalakkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW ke atas kita untuk di amalkan memiliki kelebihan yang banyak.
Galakkan Zikir Kepada Allah
Salah satu dalil yang menganjurkan kita berzikir boleh dirujuk dalam al-Quran menerusi firmanNya yang bermaksud:
“Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian yang panjang di malam hari.” Surah 76: Al Insan, Ayat 25 & 26
Marilah kita hidupkan amalan berzikir ini mudah-mudahan kita mendapat ketenangan serta kedamaian hati.
0 Comments
Catat Ulasan