Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...



Kisah 2 daripada buku Keajaiban Firasat 63 Kisah Pengubat Jiwa. Ringkas tapi padat.



sumber gambar: http://www.froyoplus.com/
 

Menguji tuhan

Ketika nabi isa a.s. berdiri di atas puncak sebuah gunung, iblis datang kepadanya dan berkata, “Bukankah engkau mengatakan bahawa, jika Allah menghendaki kematian kepada seseorang manusia, pasti ia akan terjadi?”
               
 “Ya, benar sekali,” jawab nabi isa a.s.
                
 Iblis, berkata lagi, “Jika Allah tidak menghendaki?”
                
 “tidak akan terjadi, “Jawab nabi isa a.s.
                

Iblis cuba mencabar, “Jika begitu, cuba engkau jatuhkan dirimu dari atas gunung ini. Jika Allah menghendaki kematian kepadamu, nescaya kamu akan mati. Jika dia tidak menghendakinya, pasti kamu akan terselamat.”
                
 Nabi Isa a.s. menjawab, “Kamu adalah iblis yang jauh daripada rahmar Allah. Hanya Allah yang menguji hambanya, dan bukan hamba yang menguji-nya!”