Wah!! hari ini tiba-tiba ada mood nak buat entri, akhirnya muncul juga idea yang menghilang entah ke mana. Membuatkan saya hampir-hampir berputus asa(sahaja je nak bagi ayat saya jadi lebih menarik hehe).
Hari ini saya ingin ceritakan kepada anda serba sedikit tentang keluarga saya.
Agak berterabu susunan, biasalah sudah berkeluarga semuanya mempunyai tugas masing-masing. Untung ada juga yang mahu menjadi juru kamera sekejap hehe. Gambar ini diambil semasa hari raya tahun lepas.
Inilah keluarga saya(Abah, Along, kaklong, mak, angah, kakak dan saya) semasa hari perkahwinan Along
Hasil daripada perkongsian hidup mak dan abah, saya mempunyai 4 orang adik beradik sahaja termasuk saya. Malah ketiga-tiga orang adik beradik saya sudah mempunyai status perkahwinan kecuali saya sebab anak bongsu la katakan hehe. Jom kenali ahli keluarga saya...
Inilah along, anak nombor satu atau dengan kata nama lain, anak sulong. Along merupakan seorang abang yang sangat bertanggungjawab dan garang hehe. Takut.
Tetapi disebalik ketegasannya ada juga kelembutan. Bekerja sebagai pensyarah di Politeknik Penang.
Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak yang comel-comel dan yang paling penting ada lesung pipit yang sangat dalam hehe. Alonglah orang yang banyak memberi tunjuk ajar tentang dunia blog.
Boleh singgah ke blog beliau NotaMengajarBelajar
Ini pula angah, anak nombor 2. Handsome tak hehe.. Angah seorang yang -_- entah tak tahu macam mana perangainya hehe sebab perwatakannya berbagai-bagai tapi yang paling penting angah seorang yang sangat kelakar dan lucu memang tidak kering gusi apabila bersamanya...
Bermacam-macam idea sentiasa berada di dalam kepalanya. Tetapi di sebalik keriangan yang dipamerkan, sebenarnya dia seorang yang tegas. Berkerja sebagai penolong pendaftar di UITM Machang, Kelantan.
Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang ayu(gambar angah bersama husna umaira yang comel-comel). Beliau juga banyak memberi tunjuk ajar di dalam dunia blog. Malah merupakan seorang yang banyak memberi idea kepada saya semasa mula menceburi dunia blogger.
Boleh singgah ke blog beliau Saljuhumairah
Inilah satu-satunya kakak kandung saya hehe. Cantik tak kakak saya hehe. Kakak seorang yang riang yang tidak kena pada tempat hehehe. Perwatakannya adalah riang, ramah, garang, manja dan macam-macam lagi.
Bekerja sebagai ustazah di pusat islam UUM. Ada macam ustazah tak? hehehe. Apabila bersama beliau pasti tidak akan jemu dengan bermacam-macam kerenahnya yang tak sudah-sudah.
Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang sangat pandai.
Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang sangat pandai.
Jeng..jeng.. ini lah saya hehe. Pemilik blog Notainsan. Budak lepasan SPM hehe.Mudakan. Perwatakan?? Entah la, orang lain yang boleh menilainya sendiri.
Yang paling penting saya tidak suka buat, apa yang perempuan lain buat. Boleh dikatakan cerewet la.
Romantik tak hehe
Inilah anak saudara saya.. sentiasa menceriakan keadaan heee..
Ya Allah... Rahmatilah keluarga kami
Romantik tak hehe
Inilah anak saudara saya.. sentiasa menceriakan keadaan heee..
Doa Untuk Keluarga Bahagia..
Ya Allah... Rahmatilah keluarga kami
"Ya Allah..seluas dan setinggi kasih sayang engkau..
Maka Engkau limpahkanlah rahmat-Mu dan keampunan-Mu kepada ibubapa kami.
Maka Engkau limpahkanlah rahmat-Mu dan keampunan-Mu kepada ibubapa kami.
Sesungguhnya jodoh mereka adalah dengan izin-Mu.
Kurniakanlah kepada mereka berdua ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yg tabah menghadapi setiap dugaan hidup. Kekalkanlah kasih sayang di antara mereka.
Kurniakanlah kepada mereka anak anak yg soleh dan solehah"
Semoga keluarga kami bahagia dunia dah akhirat
Ya Allah.. Ya Rahman.. Ya Rahim..
Amin ya rabbal aalamin..
0 Comments
Catat Ulasan