Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...
sumber: http://pelangicintamembekupcm.blogspot.com/2011/04/ketaatan-api-kepada-tamim-dari-ra.html |
Hari ini saya akan kongsikan cerita kepada anda tentang ASAL
USUL KEJADIAN API DUNIA.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan tentang
asalnya kejadian api di dunia.
Ketika Nabi Adam di hantar ke dunia kerana
kesalahannya memakan buah larangan, maka Allah S.W.T. telah memerintahkan
Malaikat Jibril supaya mengambil sedikit api dari neraka untuk dihantar ke
dunia bagi kegunaan Nabi Adam.
Maka jibril pun diperintahkan untuk meminta api
tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Malaikat Zabaniah.
Inilah antara dialog mereka berdua:
Jibril: Wahai Zabaniah, aku diperintahkan oleh Allah untuk
mengambil sedikit
api neraka bagi dihantar ke dunia untuk kegunaan Adam di sana
Zabaniah : Baiklah, sebanyak mana sedikit itu wahai jibril?
Jibril: Berilah sebesar buah kurma
Zabaniah: Ohh..tidak.. kalau sebesar buah kurma api neraka
itu yang engkau
bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapisan langit dan tujuh lapis
bumi akibat kepanasannya.
Jibril: Kalau begitu berilah kepadaku sebesar separuh dari
buah kurma...
Zabaniah: Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini
engkau letakkan
di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari
langit
dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Oleh kerana jibril buntu untuk meminta sebesar mana api lalu
dia pun menghadap Allah untuk mengetahui sendiri saiz api yang perlu di hantar
ke dunia.
Allah S.W.T memerintahkan jibril mengambil hanya sebesar
zarah yang tidak dapat dilihat oleh mata dari api neraka untuk di bawa ke
dunia.
Maka jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah itu dari malaikat
zabaniah tetapi oleh kerana terlalu panas, api neraka sebesar zarah itu
terpaksa disejukkan dengan mencelupkannya di dalam 70 buah sungai di syurga dan
di setiap sungai itu pula direndam sebanyak 70 kali.
Selepas itu baharulah jibril membawa api itu turun ke dunia
dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi.
Setelah diletakkan api
tersebut, tiba-tiba bukit itu terus meleleh dan mencair.
Bimbangkan dunia ini
akan lebur maka segeralah malaikat jibril mengambil semula api tersebut dan
menghantarnya semula ke neraka.
Sisa-sisa api itulah yang terdapat di dunia ini
seperti yang sering kita gunakan pada hari ini untuk pelbagai keperluan bahkan
termasuklah dari api gunung berapi dan sebagainya.
Sumber :buku aneh tapi benar.
2 Comments
banyak informasi dari blog ini :)
BalasPadamTahniah
Alhamdulilah..semoga mendapat manfaat serta menjadi peringatan kepada sya sendiri serta kepada anda semua.. terima kasih ^_^
PadamCatat Ulasan