Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Entri kali ini saya akan kongsikan kepada korang tentang Adab makan berjemaah..
Semoga perkongsiaan ini bermanfaat. 




Adab makan berjemaah


* Jangan mulakan makan terlebih dahulu, apabila ada yang hadir 
   bersamanya orang yang mesti didahulukan, seperti orang tua.
  
   Atau orang yang mengikut giliran dan sudah sampai pula gilirannua untuk 
   mengambil makanan. Maka ketika itu janganlah melambat-lambatkan,  
   sehingga orang lain terpaksa menunggu lama.

* Sewaktu makan bersama, jangan terlalu berdiam diri, tetapi adalah lebih  
   baik kita berbual tentang perkara-perkara yang baik dan jangan mengumpat 
   atau mengeluarkan kata-kata yang tidak baik semasa
   makan. 

   (Tetapi jangan bercakap ketika makanan di dalam mulut.)

* Jangan ada perasaan tamak sewaktu makan. Sebaliknya hendaklah ingat
   pada rakan-rakan supaya semuanya dapat merasa makanan yang telah 
   di hidang.

* Sebagai tuan rumah yang menyediakan masakan kepada tetamu, janganlah 
   memerhatikan kelakuan tetamu-tetamu ketika sedang makan, kerana ini 
   akan memalukan mereka untuk menjamah hidangan itu.