Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Syukur Alhamdulillah saya masih diberi peluang untuk menulis lagi.
Impian menjadi penulis masih berkobar-kobar dalam hati ini. Impian ini tertanam setelah menamatkan bacaan dua buah buku tentang penulisan.
- Ingin Jadi Penulis? - A. Ubaidillah
- I Want To Be A Writer - Ummu Hani Abu Hassan (www.ummuhani.com)
Kedua-dua buku yang tersenarai diatas adalah sumber yang memotivasikan diri untuk terus menulis.
Buku pertama berkisar tentang bagaimana menjadi seorang penulis. Ia lebih fakta. Saya telah ceritakan secara ringkas tentangnya disini.
Buku kedua lebih kepada kisah perjalan anak kepada penulis terkenal Abu Hassan Morad - Ummu Hani. Cerita pengalaman beliau dalam proses menjadi seorang penulis sungguh menarik.
Buku Kisah pelajar Cemerlang SPM - Nik Nur Madihah merupakan karya Ummu yang saya pernah baca.
Sedikit petikan dari buku "I Want to be a Writer" yang tercatat di belakang.
Andai hatimu sewangi mawar seperti tulisanmu, alangkah indahnya! - Ummu Hani Abu Hassan
I Want to be a writer, memberi inspirasi kepada mereka yang bercita-cita menjadi penulis. Kronologi kehidupan penulis dari kecil sehingga berjaya menjadi penulis profilik, digarap dengan bahasa yang santi dan disulami dengan tip serta teknik penulisan yang amat praktikal.
Apabila sudah menulis sebuah buku, perasaan untuk menghasilkan buku yang berikutnya mencelah. Seperti seorang ibu, sesudah melahirkan anak pertama pasti dia menginginkan anak yang berikut walaupuan mengalami kesakitan bersalin. Kerana anugerah, sama ada anak atau buku, adalah satu nikmat yang manis. Hasil usaha yang jerih, lebih bernilai dariapada sesuatu yang tiba secara percuma.
Semoga perasaan untuk menulis dalam diri ini tak pernah pudar.
3 Comments
Entri yang bagus. Ianya menaikkan semangat untuk terus menulis
BalasPadamya... ia adalah sumbur inspirasi dan motivasi dalam diri untuk terus hidup... walau jasad telah mati...tulisan tetap hidup...
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamCatat Ulasan