Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera

Hai semua...

Mini Karnival Buku Karangkraf - UiTM Machang


Semalam saya, bersama angah, kakngah dan si comel husna umaira menghadiri Mini Karnival Buku Karangkraf yang berlangsung di Medan Ilmu UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang.

Karnival tersebut berlangsung selama tiga hari bermula dari hari jumaat yang lalu dan berakhir pada hari ini - Ahad. 

Program



Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung.  Boleh rujuk dalam aturcara program diatas.  

Saya sempat menghadiri beberapa program termasuk tayangan siaran langsung pasukan bola sepak Kelantan (The Red Warrior) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merebut piala Sultan Ahmad Shah.

Keputusan perlawanan berakhir dengan ATM menang penalti 4 berbalas 3 dari Kelantan. Bukannya peminat bola sangat, sekadar ikut angah malam kelmarin.

Apa yang menarik lagi - Kehadiran maskot kartun buatan Malaysia Upin & Ipin menggamatkan suasana terutama kanak-kanak.  Gelagat comel mereka berdua menyebabkan ramai yang mengerumuni untuk bergambar bersama.

Saya teruja dengan pelbagai novel-novel yang ditawarkan diskaun sehingga 15%.  Kalau boleh nak beli semua kan.... tapi... nafsu je tuh...

Novel yang ada pun masih belum dihabiskan...

Seterusnya... biarlah gambar yang berbicara...


Sempat bergambar dengan buku-buku novel Karangkraf

Umaira posing bersama Maskot kegemarannya..



Umaira mendekati Maskot Upin

Penulis Kegemaran Saya - Ramlee Awang Murshid.  Banyak buku beliau disini



Semoga program seperti ini diadakan lagi.  Bolehlah borong buku banyak-banyak.... ahaks!
Enhanced by Zemanta