Hai semua...
Entry ini adalah yang ke tujuh
~ : ~ : ~ : ~ : ~ : ~: ~
Tok..tok..tok..
Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Angah menjenguk dari pintu.
"Fiqah, jom ikut orang."
Saya mengekori angah, sampai ke dapur rupanya. Ingatkan ke manalah.
"Orang nak hang siapkan barang-barang ni"
Keju Mozzarella antara barang yang disediakan
Saya hanya menurut perintah angah yang kononnya Chef Antarabangsa.
Disamping itu, Angah mencampurkan bahan-bahan untuk diperap. (Lada hitam, kicap, sos tiram, garam, madu, sos lada hitam, sos tomato dan Chicken Stock)
Sambil bekerja Angah tidak henti-henti berceloteh. Lagaknya seperti Chef Celebrity pulak.
Angah memang macam-macam sejak dari dulu lagi sehinggalah sekarang perangainya tak ubah-ubah, walau dah berkeluarga.
Lepas 5 minit, bawang besar, bawang putih, lobak merah, kentang dan keju mozzarella semuanya siap disediakan.
Kemudiannya, dada ayam dibasuh sehingga bersih. Bahagian tengah dada disumbat dengan keju moazzarella dan diperap bersama bahan-bahan yang telah angah campurkan tadi selama 30 minit.
Seterusnya, bahan-bahan yang telah saya sediakan tadi dilonggokkan bersama dada ayam yang telah diperap untuk dibalut aluminum foil. (Rujuk gambar diatas)
Semuanya ada 3 ketul dada ayam. Bungkusan yang ke empat tu adalah lebihan kentang untuk baby |
Lihat gambar-gambar dibawah, selepas tempoh pembakaran.. Lupa nak ingatkan untuk masukkan bay leave untuk mengharumkan masakan.
2 Comments
Sedapnya.
BalasPadamNanti boleh masak untuk Mak Abah.
Abanglong pun nak rasa jugak..he..he..
BalasPadamCatat Ulasan