Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Untuk entri kali ini, saya ingin kongsikan Adab Minum Mengikut Sunnah Nabi..
Kita semua tahu kan, jika mengikut sunnah nabi, kita akan mendapat pahala yang berlipat ganda.
Oleh itu marilah kita mengamalkan ke seluruh kehidupan kita dengan Sunnah Nabi. Semoga mendapat manfaat.
wikipedia |
ADAB MINUM MENGIKUT SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W
- Ambil bekas air, cawan, gelas dengan menggunakan tangan kanan.
- Mulakan dengan membaca Basmalah.
- Sunah kalau kita letak jari kelingking di bawah gelas atau bekas minum.
- Jangan bernafas di dalam bekas minuman.
- Jangan minum dengan satu nafas. Senggangkan minum dengan tiga kali putus (berhenti) untuk bernafas.
- Minum dengan perlahan dan jangan gelojoh.
- Jangan minum sambil berdiri dan baring kerana Nabi melarang minum sambil berdiri.
- Jangan minum menggunakan cawan yang retak atau sumbing.
- Lihat di dalam minuman sebelum minum. Mungkin ada ulat, semut atau bekas itu kotor.
- Jangan sendawa atau melepaskan nafas di dalam bekas minuman.
- Edarkan bekas minuman kepada orang yang berada di sebelah kanan kita.
- Ingat Allah ketika atau semasa minuma. Ingatlah segala rezeki itu adalah kurniaan Allah semata-mata. Jangan minum seolah-olah kita tidak mensyukuri nikmat Allah.
- Sudahi minum dengan membaca doa.
1 Comments
Tip-tip yang diberikan oleh Rasulullah SAW amat baik untuk kesihatan rohani dan jasmani
BalasPadamCatat Ulasan