Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Kisah 3 daripada buku keajaiban Firasat 63 kisah Pengubat Jiwa sangat menarik dan antara kisah yang paling saya suka.



Doa menggetarkan Jiwa


Saydina Abdullah bin jahsy adalah seorang pejuang islam yang benar-benar mahukan syahid di jalan Allah. 

Sehari sebelum berlakunya perang uhud, dia bermunajat kepada Allah, “Ya Allah, esok hari, kami akan menghadapi musuh. 

Aku bersumpah kepada-Mu, biarlah mereka membunuhku, membedah perutku, memotong telinga dan hidungku. 

Jika kelak engkau bertanya kepadaku: “siapakah yang melakukan demikian kepadamu?”

                 
Aku akan menjawab: “Ya Allah, aku berperang hanya kerana-Mu.”

                
Ketika perang meletus, dia syahid dan tentera musuh melakukan seperti apa yang telah didoakannya. 

Dia syahid di tangan Abu al-Hakam bin Akhnas bin Syuraiq. 

Jasadnya disemadikan di dalam satu kubur dengan jasad bapa saudaranya, Hamzah bin Abdul Mutalib, seorang pejuang yang mendapat gelaran Asadullah (Singa Allah) kerana keberaniannya. 

Semoga Allah meredhai kedua-duanya.


(Abdullah bin jahsy bin Ri’ab bin Ya’mur al-Asadi, dipanggil Abu Muhammad. Termasuk ahli keluarga rasulullah. Ibunya ualah umaimah binti abdul mutalib, ibu saudara rasulullah. Saudara perempuannuya ialah zainab binti jahsy, ummul mukminin. Meninggal dunia pada tahun 3H pada usia lebih 40 tahun.)


(hamzah bin abdul muttalib adalah bapa saudara nabi. Pakar memanah dan pakar menunggang kuda. Syahid dalam perang uhud.)