Nota Insan Koleksi Kata Kata Motivasi dan Kata Kata Hikmah

Nota Insan adalah sumber motivasi dan inspirasi diri. Meminati buku, novel, Koleksi kata kata hikmah, dan kata kata motivasi.

Resepi Kek Krim Keju

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Wah.. sudah lama saya tidak menghasilkan sebuah entri tentang resepi. Oleh itu, hari ini, saya akan kongsikan resepi yang paling saya suka jika memborong kek di Secret Recipe. Kek Krim Keju. Yumm..yumm.. gulp.. Bila dengar pun dah rasa tertelan air liur hehe..



Kek Hari Kelahiran Kak Angah



Resepi Kek Krim Keju ini merupakan resepi dari chef terkenal di Malaysia. Nama beliau juga tidak asing lagi dari dunia masakan. Chef Sabri empunya resepi kek tersebut.


Buku Dunia masakan



kek keju
Bentuknya lebih kurang macam ni la


Resepi Kek Krim Keju

Bahan-bahan

1kg Krim keju
250g Gula aising
110g Tepung jagung
4biji Telur
1biji Kulit limau(disagat)
10gm Esen vanila
60g Susu tepung
225g Yoghurt segar


Lapisan bawah: Biskut dikisar

50g biskut
50g mentega

Meringue

65g putih telur
65g gula kastor

putih telur dan gula dipukul hingga menjadi buih putih dan ringan

Cara-cara

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150C. Sementara itu masukkan krim keju, gula aising, telur, kulit limau, ke dalam pengadun elektrik dan pukul hingga kembang.

2. Masukkan tepung jagung, susu tepung, yoghurt segar dan kacau hingga rata.

3. pukul putih telur dengan gula kastor hingga menjadi buih putih yang ringan. Kemudian masukkan ke dalam adunan krim keju dan kacau hingga rata.

4. untuk membuat lapisan bawah, masukkan biskut yang telah dikisar kasar ke dalam mangkuk dan masukkan mentega, kacau hingga sebati.

5. Letak adunan biskut mentega ke dalam acuan kek keju yang telah diletak kertas minyak, kemudian masukkan adunan kek keju.

6. Masukkan 3 cawan air suam ke dalam dulang pembakar, kemudian letakkan acuan kek keju ke dalam dulang berisi air suam.

7. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 45minit

* Hidangan: 10 Orang, Masa penyediaan: 45minit, Suhu ketuhar 150C


7 Komentar untuk "Resepi Kek Krim Keju"

wah best nye.. i like cheese..
tq for the recipe..nk try la nnt..
btw, bw here... follow blog sy ok.. http://belogzeera.blogspot.com/

wlcme..cubalah hehe..
dah follow

wlcme..cubalah hehe..
dah follow

sedapnyer..share ye

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info