Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Hai semua..
Betulah seperti kata orang... negeri cek siti wan kembang - Kelantan adalah syurga makanan. Berbagai jenis makanan yang terdapat di sini....
Keseluruhannya manis-manis belaka...
Antara yang terbaru saya temui ialah kuih akok.
Pernah makan akok?
di resepi.nethttp://www.kongsiresepi.com/read/3384/0/ |
Kali pertama mendengar namanya dari angah dulu agak unik dan pelik sedikit.
Perasaan ingin tahu melonjak-lonjak bila tiba di Kelantan.
Walaupun sedikit unik dari nama, rasanya sukar untuk di terjemahkan dengan kata-kata, lebih kurang lemak-lemak manis.
Saat pertama kali kueh akok menyentuk bibir yang mulus ini, kelembutan dan kesedapannya terus membuatkanku jatuh cinta dengan kueh berkedut ini.
Disini saya selitkan resepinyaa..
Bahan-bahan:
8 biji telur itik
2 biji telur ayam
600 gm gula melaka
2 cawan tepung gandum
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
1 1/2 biji kelapa
Cara Membuatnya :
1. Telur dipecahkan ke dalam satu mangkuk dan kacau hingga hancur.
2. Kelapa diperah dan diambil santan 2 kali sahaja (pekat).
3. Gula melaka diracih-racih, kemudian campurkan telur dengan santan, gula melaka dan tepung gandum. Kacau dan selepas itu ditapis dengan tapisan supaya tidak berbuku-buku.
4. Daun pandan dikoyak-koyak, bunga cengkih dimasukkan ke dalam campuran tadi, pukul dengan senduk serta kacau campuran tadi.
5. Panaskan acuan baulu, kemudian masukkan adunan tadi mengikut lubang baulu. Bakarlah dengan api atas dan bawah.
Saya masih belum mencuba sebenarnya, resepi ini diambil dari laman Kongsirepi.
Selamat mencuba.... (^-^)
4 Comments
Kuih ni memang sedap lagi menyelerakan
BalasPadampernah dengar tapi tak pernah makan :)
BalasPadamyeke..sedap..
Padamwahhh..lapar
BalasPadamCatat Ulasan