Assalamualaikum semua.

Sejarah pemerintahan ke empat-empat orang Khulafa' Ar Rasyidin iaitu Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar Al Khattab, Saidina Uthman Bin Affan  dan Saidina Ali Bin Abi Talib RA mengandungi banyak pengajaran dan panduan yang sangat penting kepada seluruh umat Islam hari ini. 

Umat Islam wajar meneladani Khulafa' Ar- Rasyidin kerana mereka telah ditarbiah oleh Rasulullah SAW secara langsung.

Menjejak Pemerintahan Khulafa' Ar Rasyidin 

Terdapat 4 buah buku karangan Tn Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai 4 tokoh Khulafa' Ar Rasyidin dari sisi Fiqh Siasah yang patut anda baca.

Khalifah Saidina Abu Bakar RA


Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina Abu Bakar RA


3 Fakta Menarik Mengenai Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina Abu Bakar RA

Buku ini memaparkan sejarah perjalanan hidup Khalifah Abu Bakar RA khususnya peranan dan sumbangan beliau dalam melangsungkan pemerintahan Islam pasca kewafatan Rasulullah SAW sebagai Khalifah yang pertama.

Selain itu, secara keseluruhan buku ini memberikan gambaran bentuk pemerintahan, dasar dan strategi politik yang diterapkan oleh Khalifah Abu Bakar RA sepanjangan pemerintahannya.

Sudah pasti sarat dengan sejumlah pengajaran daripada pelbagai cabaran dan halangan yang dihadapi oleh Khalifah Abu Bakar RA dalam menegakkan sebuah pemerintahan Islam.

Khalifah Saidina Umar Bin Al Khattab RA


Fiqh Siasah Khalifah Saidina Umar Bin Al Khattab RA?
Fiqh Siasah Khalifah Saidina Umar Bin Al Khattab RA


Apa yang menarik dalam buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina Umar Bin Al Khattab RA?

Anda akan dapat menelusuri perjalanan hidup Saidina Umar Bin Al Khattab RA bermula daripada kelahiran sehingga wafatnya beliau.

Buku ini memberi gambaran mengenai peristiwa yang berlaku secara jelas melalui lakaran peta.

Tambahan pula terdapat visual infografik yang padat dan menarik.

Dalam buku ini juga ditunjukkan proses silang rujuk (takhrij) melalui lebih 40 sumber kitab dan rujukan semasa.


Khalifah Saidina 'Uthman Bin Affan RA

Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Uthman bin ‘Affan RA?
Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Uthman bin ‘Affan RA?


Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Uthman bin ‘Affan RA

Buku yang ke tiga ini menceritakan riwayat hidup seorang lagi sahabat dan khalifah Islam iaitu Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan RA.

Beliau merupakan sosok yang diberikan gelaran Zu al-Nurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW dan disegani para malaikat. 

Khalifah ‘Uthman RA menghadapi suatu tahap yang baharu mewarisi pemerintahan yang sangat luas wilayahnya dan majmuk masyarakatnya, khususnya setelah kejatuhan dua kuasa besar dunia, Rom dan Parsi. 

Keadaan yang sangat mencabar itu menuntut Khalifah ‘Uthman RA mengemukakan ijtihad baharu dan langkah memelihara kerukunan seluruh umat. 

Beliau juga mendepani zaman fitnah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW.

Keistimewaan Buku Ini

Banyak hikmah yang boleh dipelajari

Buku ini ditulis berdasarkan kepada keilmuan, pengamatan dan pengalaman penulis berdasarkan acuan penguasaan ilmu sejarah dan adunan kefahaman politik lslam.

Fakta dari sumber yang shahih

Ia disemak dan dibuat proses silang rujuk fakta-fakta berkenaan melalui pelbagai sumber serta rujukan kitab turath dan kontemporari sejarah lslam.

Sangat bermaklumat

Dalam buu ini juga disediakan maklumat dalam bentuk infografik, dialog dan peta bagi menambahkan penghayatan terhadap penulisan.


Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA

Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA?
Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA?


Buku Fiqh Siasah Khalifah Saidina ‘Ali bin Abi Talib RA

Khalifah yang ke empat dalam Khulafa' Ar Rasyidin ialah Saidina Ali bin Abi Talib RA dan kisah pemerintahannya disemadikan dalam buku edisi terakhir bagi menyempurnakan penerbitan karya siri Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin. 

Buku ini menceritakan riwayat hidup seorang sahabat agung dan khalifah Islam ulung iaitu Khalifah ‘Ali bin Abi Talib RA.

Beliau juga  mendapat tarbiah secara langsung daripada Rasulullah SAW sejak kecil lagi dan memainkan peranan yang signifikan sepanjang pemerintahan Islam era tiga orang khalifah sebelumnya.

Khalifah ‘Ali RA mengharungi suatu fasa pemerintahan yang sangat mencabar kerana mewarisi era kepemimpinan setelah kewafatan Khalifah ‘Uthman RA yang terbunuh syahid. 

Dalam pada itu, beliau meneruskan langkah politik secara berhikmah bagi meneruskan kelangsungan Islam. 

Malah, beliau juga mendepani dengan penuh kebijaksanaan terhadap fitnah dalaman umat yang sangat dahsyat kesan daripada tipu daya musuh Islam yang telah meninggalkan luka dan parut kepada ummah sehingga hari ini.


Kesimpulan

Kesemua buku ini amat bagus dibaca oleh semua golongan masyarakat khususnya para pemimpin.

Suatu perjalanan menjejak khalifah Islam yang unggul selepas kewafatan Rasulullah SAW iaitu Khulafa al Rasyidin. 

Mereka merupakan model dan ikutan yang disarankan oleh Rasulullah SAW untuk kita semua ikuti dan semestinya kita mengambil pengajaran daripada kisah-kisah yang dicoretkan sepanjang pemerintahan mereka.

Kita patut berbangga sebagai seorang Islam kerana memiliki contoh pemimpin yang hebat dalam menjalankan perintah Allah SWT sebagai khalifah di muka bumi.

Kalau nama-nama pemimpin selain orang Islam kita boleh ketahui kenapa pemimpin yang sudah di'itiraf oleh Islam tidak kita kenali.

Marilah kita baca buku- buku tentang pemimpin Islam ini. Anda boleh dapatkan menerusi syarikat penerbitan Pustaka Permata Ummah.