Assalamualaikum.
Anda suka baca buku? Kalau suka, sila tulis komen di bawah.
Dalam kesibukan manusia menggunakan gajet seperti telefon pintar, tablet serta jam pintar untuk bermain video game, bersosial di media massa dan sebagainya, kenapa kita perlu membaca buku?
Bahkan ada sebilangan orang yang mengatakan aktiviti membaca buku adalah perbuatan orang yang ketinggalan zaman.
Baiklah,
Saya tidak berniat mengajak anda berdebat untuk menentukan siapa yang menang atau kalah.
Saya cuma ingin mengajak anda supaya jangan meninggalkan aktiviti membaca buku kerana ada banyak kelebihannya.
10 Kelebihan Membaca Buku |
10 Kelebihan Membaca Buku
1. Membaca Makanan Otak
Jika tubuh badan kita perlukan makanan untuk mendapatkan tenaga bagi meneruskan kehidupan, maka otak kita juga perlukan makanan.
Makanan bagi otak adalah dengan membaca buku. Otak kita perlu belajar perkara baharu untuk berfungsi dengan baik.
Terdapat 2 jenis buku yang boleh kita baca iaitu buku fiksyen dan bukan fiksyen.
Menerusi buku fiksyen, kita dapat menerokai dan menikmati dunia baharu yang diilhamkan oleh penulis.
Manakala dalam buku bukan fiksyen, otak kita akan diasah untuk berfikir dan menyebabkan otak kita berfungsi dengan baik.
Lebih banyak kita membaca, lebih banyak informasi yang kita dapat.
2. Guru yang dibayar murah
Dengan membaca, kita dapat menerima tujuk ajar oleh orang-orang yang berjaya secara murah dan mungkin percuma.
Ini lebih kepada buku-buku bergenre bukan fiksyen.
Orang-orang yang berjaya biasanya mempunyai pengalaman yang cukup berharga yang telah mereka tempohi mungkin lebih daripada 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau lebih daripada 50 tahun.
Segala pengalaman, idea, minset, nasihat dan panduan orang berjaya dapat kita ketahui hanya dengan membaca buku yang mereka tulis dalam beberapa jam sahaja.
Kesilapan yang mereka kongsikan boleh menjadi panduan kepada kita agar jangan diulangi atau cuba hindari kesilapan tersebut.
Membaca buku mereka seolah-olah anda berada dihadapan seorang guru yang sedang berbicara.
3. Lebih baik dalam komunikasi
Dengan membaca buku, percakapan kita akan lebih baik kerana kita dapa menguasai lebih banyak kosa kata atau vocabulary.
Bahasa yang digunakan di dalam buku biasanya akan disusun dengan baik dan teratur.
Jadinya, semakin banyak anda membaca maka semakin anda terbiasa dengan susun bahasa dalam buku sehingga membuatkan percakapan anda menjadi baik
4. Meningkatkan fokus dan konsentrasi
Satu rahsia kejayaan yang dikongsi oleh mereka yang telah berjaya dalam bidang masing-masing adalah dengan fokus dengan apa yang mereka kerjakan.
Oleh kemampuan untuk fokus dan konsentrasi merupakan perkara penting dalam kehidupan.
Salah satu cara untuk belajar fokus ialah dengan membaca buku.
Kita tidak akan mampu membaca jika tidak memaksa diri untuk duduk membaca buku yang mahu dibaca.
Semakin banyak kita membaca, semakin tinggi tahap fokus dan konsentrasi.
5. Membuka fikiran
Sesungguhnya, Tuhan Maha Kaya. Dijadikan kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai jenis bangsa, bahasa, agama dan kelebihan yang berbeza.
Perbezaan ini mesti diterima oleh kita semua agar hidup kita di dunia ini lebih harmoni.
Jika kita hanya berada dalam kelompok kita shaja, maka kita tidak dapat menemui kepelbagaian bangsa, bahasa, agama dan perbezaan individu.
Oleh itu, kita amat digalakan membaca buku supaya kita dapat menemui perbezaan dan kepelbagaian tersebut dan fikiran kita akan lebih terbuka.
6. Membantu menghilangkan stress
Apabila kita penat bekerja, kita mahukan otak kita bertenang.
Mungkin ada di antara kita yang lebih gemar mendengar radio atau menonton filem untuk menghilangkan stress.
Namun begitu, bagi sesetengah orang otak tidak mampu bertenang dengan menonton filem dan mendengar radio kerana masih ada bunyi.
Oleh itu, cuba anda baca buku yang santai seperti buku cerita, novel dan sebagainya.
7. Meningkatkan ingatan
Membaca adalah latihan untuk meningkatkan rangsangan minda.untuk memastikan otak sentiasa aktif.
Ini melambatkan penurunan kekuatan mental anda dan ada juga yang mengatakan membaca dapat mengekalkan ingatan anda pada usia tua.
Selain itu, aktiviti mental seperti membaca dapat mencegah penyakit Alzheimer sejenis penyakit yang bersangkut paut dengan ingatan.
Sekiranya anda ingin meningkatkan ingatan anda, baca sekurang-kurangnya satu buku sebulan.
8. Membuat pilihan yang lebih baik
Jika anda ingin membeli rumah baru.
Apakah jenis rumah yang anda mahu beli? Anda mahu beli rumah subsell atau undercon?
Di manakah lokasi rumah yang sesuai dengan diri anda? Anda mahu beli rumah berdekatan dengan sekolah anda atau tempat kerja anda?
Bagaimana pula dengan pasangan anda? Adakah pasangan anda suka dengan pilihan anda?
Itu baru sedikit soalan yang perlu anda jawab untuk membeli rumah.
Ada banyak lagi soalan yang anda perlu cari jawapan jika anda berdepan dengan situasi untuk membuat keputusan sama mahu membeli rumah.
Dengan membaca buku persoalan-persoalan tersebut dapat dijawab mungkin tidak semua tetapi semakin kurang persoalan yang anda perlu cari jawapannya.
Perkara penting yang ingin saya kongsikan ialah semakin banyak anda membaca buku, anda akan menemui banyak maklumat dan anda boleh membuat pilihan yang lebih baik.
9. Membuat tidur lebih baik
Pada masa kini, setiap hari kita menggunakan alat elektrik seperti telefon pintar, komputer, tablet, laptop dan sebagainya memberi kesan kepada otak kita.
Kajian yang dibuat oleh University of Washington mendapati 3 kesan buruk kepada otak ialah
- Berlaku gangguan pada kemampuan untuk beri perhatian dan fokus
- Perkembangan otak terbantut
- Pembelajaran terganggu.
Jika kita masih bermain dengan gajet sebelum tidur, maka otak kita masih tidak boleh rehat.
Maka, salah satu cara untuk tidur dengan lebih baik adalah dengan membaca buku.
10. Meningkatkan penampilan diri
Satu nikmat besar yang jarang sekali orang sedar ialah diri kita.
Allah SWT jadikan diri kita kerana sayangnya DIA kepada kita.
Oleh itu, kita perlu sayang diri kita dan jaga diri kita baik-baik.
Salah satu perkara yang kita perlu jaga ialah penampilan diri kita.
Dengan membaca dapat memberi panduan kepada kita untuk meningkatkan penampilan diri, pengetahuan diri dan kemampuan diri.
Orang yang berjaya membaca lebih dari satu buku dalam tempoh seminggu.
0 Comments
Catat Ulasan