Assalamualaikum.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang sebuah buku yang agak viral dalam kalangan rakyat Malaysia.

Buku ini sudah terjual lebih daripada 50,000 naskah.

Buku yang saya maksudkan ialah Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah SAW.

Penulis buku ini ialah Dr Mohammad Ali Toha dan diterbitkan pada tahun 2021 oleh PTS Publishing House.

Harga buku ini RM15 sahaja.

Walaupun jumlah muka surat hanya 140 tetapi isi cukup istimewa. 

Ia berkaitan kesihatan yang tidak boleh dipisahkan daripada setiap diri orang.


BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW
BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW


Sinopsis Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulllah SAW

Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah menghimpun panduan gaya hidup sihat yang dirumuskan berdasar konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. 

Panduan yang terkandung dalam buku ini diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dilakukan dalam tempoh setahun.


Isi Kandungan 

Berikut merupakan isi kandungan Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulllah SAW.

BAHAGIAN 1: PENDAHULUAN 

Penyembuhan Pintar (Smart Healing) 

BAHAGIAN 2: 365 KAPSUL PINTAR NABI 

Perilaku Pintar (Smart Behaviour) 

Pemakanan Pintar (Smart Eating) 

Ibadah Pintar (Smart Ibadah) 

'Doa pintar (Smart ‘Doa) 

Perubatan Pintar (Smart Medicine) 

Persekitaran Pintar (Smart Environment) 

Biodata 

BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW
Isi BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW

Contoh Isi Kandungan Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulllah SAW

Manusia diciptakan Allah SWT dalam bentuk yang sempurna.

Salah satu kesempurnaan itu adalah manusia dilengkapi antioksida semula jadi.

Namun begitu, disebabkan pencemaran alam dan perbuatan manusia sendiri, enzim antioksida itu seringkali tidak mampu meneutralkan radikal bebas.

Jadi, kita memerlukan antioksida tambahan seperti lobak, tomato, limau dan strawberi.


BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW
BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW


BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW

BUKU 365 TIP SIHAT GAYA RASULULLAH SAW

Dua cara mengurangkan kegemukkan adalah dengan mengurangkan makan dan melakukan senaman. 

Perinsip yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ialah berhenti makan sebelum kenyang dan tidak makan dalam waktu makan.

Senaman yang disarankan ialah senaman di waktu petang kerana ia mempunyai nilai acrobik yang mampu membakar lemak. 

Kesimpulan

Kita semua mahukan kesihatan tubuh badan.

Selain kesihatan fizikal, kita juga mahukan kesihatan emosi, rohani dan sosial.

Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.

Buku 365 Tip Sihat Gaya Rasulllah SAW dihasilkan untuk  membantu pembaca mendapatkan rahsia kesihatan Rasulullah SAW.

Cara penyampaian yang ringkas dan santai memudahkan pembaca untuk memahami dan mampu mempraktikkan tip-tip yang diutarakan dengan mudah.

Rasulllah SAW wajib dijadikan contoh dalam segenap segi termasuk kesihatan juga. InsyaAllah pasti bahagia.