Assalamualaikum

Alhamdulillah, sekarang kita berada dalam Bulan Syaaban.

Bulan Syaaban dikatakan Bulan Rasulullah SAW.

Salah satu amalan yang amat digalakkan bagi umat Islam dalam bulan ini ialah berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Anda boleh rujuk dalam laman web mufti wilayah persekutuan yang membicarakan tentang selawat.

Alasan utama kenapa kita perlu berselawat ialah Allah SWT bukan sahaja menyuruh hambaNya berselawat, malahan Allah SWT sendiri berselawat (merahmati).

Allah SWT berfirman:


Ø¥ِÙ†َّ اللَّـهَ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ۚ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّØ°ِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيمًا

Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

Surah al-Ahzab (56)

Al-Qadhi Iyadh dalam kitab al-Syifa bi Ta’rif Huquq al-Mustafa (hlm. 138-139) menyebut: Menurut Ibn Abbas R.Anhuma, makna ayat ini adalah, Allah SWT dan para malaikat sentiasa melimpahkan berkat kepada Nabi SAW. Ada juga yang mengertikan ayat ini dengan menyebut: Sesungguhnya Allah dan para malaikat sentiasa melimpahkan rahmat kepada Nabi.

Al-Mubarrid berkata: Makna asal selawat adalah limpahan rasa kasih sayang. Namun jika selawat itu berasal daripada Allah SWT, maka maknanya adalah rahmat. Manakala jika berasal dari para malaikat, ia bermaksud kasih sayang dan doa permohonan rahmat kepada Allah SWT.


Penerangan di atas merupakan sebahagian kecil penjelasan tentang selawat

Untuk mendapatkan penerangan yang lebih mendalam dari segi hakikat selawat itu sendiri, kita perlu meneruskan pengajian dan kajian dengan merujuk kepada guru yang layak untuk menjelaskannya.

Lagipun menuntut ilmu diwajibkan ke atas muslim lelaki dan perempuan.

Sebagai usaha kecil untuk mengamalkan ayat al-Quran ayat 56 dari surah al-Ahzab, maka kita mesti melazimi berselawat setiap hari.

Lantaran itu, penulis Tengku Zahirul cuba menghasilkan sebuah buku untuk memberi galakkan kepada kita supaya rajin berselewat

Mari kita lihat apa yang ada dalam buku Buku 200 Tip Rajin Selawat.

Sejarah Ringkas Tentang Nabi Muhammad SAW

Diri Rasulullah SAW

Nama sebenar Rasulullah SAW ialah Muhammad Bin Abdullah. 

Nama penuh Baginda Nabi Muhammad SAW ialah Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Muttalib Bin Hashim Bin Abdul Manaf Bin Qusai Bin Kilab Bin Murroh Bin Ka'ab Bin Luay Bin Ghalib Bin Fihr Bin Malik Bin Nadr Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Elias Bin Mudhor Bin Nizar Bin Ma'ad Bin Adnan.

Nabi Muhammad SAW berbangsa Arab Quraisy. Dilahirkan di Mekah, Arab Saudi pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 570 Masihi. Wafat pada 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah di rumah Saidatina Aisyah R.A. 

Nama Isteri Rasulullah SAW

  1. Saidatina Khadijah Binti Khuawailid 595M-619M
  2. Saidatina Saodah Binti Zam'ah 619M-632M
  3. Saidatina Aishah Binti Abu Bakr 623M-632M
  4. Saidatina Hafsah Binti Umar 624M-632M
  5. Saidatina Zainab Binti Khuzaimah 625M-627M
  6. Saidatina Hindun Binti Umaiyah (Ummu Salamah) 625M-632M
  7. Saidatina Zainab Binti Jahsy 590M-641M
  8. Saidatina Juwairiyah Binti Harith 608M-670M
  9. Saidatina Ramlah Binti Abu Sufyan (Ummu Habibah) 594M-665M
  10. Saidatina Safiah Binti Huyai 610M-670M
  11. Saidatina Maimunah Binti Al-Harith 594M-673M
  12. Saidatina Mariyah Al-Qibtiyah Meninggal dunia pada 637M

Anak-Anak Rasulullah SAW

  1. Qasim Bin Muhammad
  2. Abdullah Bin Muhammad
  3. Zainab Bin Muhammad
  4. Ruqayyah Bin Muhammad
  5. Ummu Kalthom Bin Muhammad
  6. Fatimah Bin Muhammad
  7. Ibrahim Bin Muhammad

Cucu-Cucu Rasulullah SAW

  1. Ali Bin Abu Al-As Bin Ar Rabi'ah
  2. Umamah Binti Al-'As Bin Ar Rabi'ah
  3. Hassan Bin Ali
  4. Hussin Bin Ali

Anak Angkat

Zaid Bin Harithah

Begitulah serba sedikit tentang pengenalan ringkas Rasullah SAW dan keluarganya. 

Saya cadangkan anda membaca Ar-Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah (Hardcover) untuk mengetahui kisah tentang Sirah Rasullah SAW yang lebih terperinci.

Pengenalan Buku 200 Tip Rajin Selawat

Buku 200 Tip Rajin Selawat menghimpunkan maklumat tentang selawat merangkumi definasi selawat, hukum, faedah, jenis-jenis termasuk pensyariatan selawat

Buku ini diterbitkan pada 19 Apr 2021 oleh PTS Publishing House.

Buku ini  senang dibawa ke mana sahaja kerana ia bersaiz poket.

Ia terbahagi kepada 3 bahagian utama yang khusus membincangkan berkenaan selawat.

Buku 200 Tip Rajin Selawat mengumpulkan info-info berkenaan selawat merangkumi definasi selawat, hukum, faedah, jenis-jenis termasuk pensyariatan selawat


Buku 200 Tip Rajin Selawat
Kaver Buku 200 Tip Rajin Selawat


Isi Kandungan Buku 200 Tip Rajin Selawat


Bahagian 1


Bab 1: Apakah Itu Selawat?

Bab 2: Mengapa Perlu Berselawat?

Bab 3: Pensyariatan Selawat

Bab 4: Hukum Berselawat

Bab 5: Konsep Selawat

Bab 6: Faedah Selawat

Bab 7: Adakah Qasidah itu Selawat?

Bab 8: Lafaz Selawat Yang Diajar Oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Bab 9: Lafaz Selawat Selain yang Diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Bab 10: Satu Selawat Dibalas 10 Selawat

Bab 11: Tinggal Selawat Tanda Jauh daripada Rahmat

Bab 12: Tinggal Selawat Tanda Orang Itu Bakhil


Bahagian 2


Bab 1: Bagaimana Memberi Salam kepada Nabi Muhammad s.a.w.?

Bab 2: Cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Bab 3: Hebatnya Mencintai Nabi Muhammad s.a.w.

Bab 4: Orang yang Paling Dekat Dengan Aku adalah yang Paling Banyak Berselawat kepada Aku

Bab 5: ‘Sayyidina’ Sebelum Nama Nabi Perlu Letak ataupun Tidak

Bab 6: Selawat Itu Rahmat

Bab 7: Selawat Kunci ke Syurga

Bab 8: Selawat Kunci Kehidupan

Bab 9: Selawat Menzahirkan Rasa Cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Bab 10: Selawat untuk Memperoleh Syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Bab 11: Selawat untuk Mendapat Keberkatan

Bab 12: Selawat Menghapuskan Kejahatan

Bab 13: Selawat Menghilangkan Kegelisahan

Bab 14: Selawat pada Hari Jumaat


Bahagian 3


Bab 1: Selawat yang Sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.

Bab 2: Selawat Lain yang Diamalkan

Bab 3: Selawat Imam As-Syafie

Bab 4: Selawat Munjiyah

Bab 5: Selawat Nur

Bab 6: Selawat Syifa’

Bab 7: Selawat Al-Fatih

Bab 8: Selawat Tafrijiyah

Bab 9: Selawat Dawam

Bab 10: Selawat Badariyah


Contoh Isi Buku 200 Tip Rajin Selawat

Di bawah ini ialah sebahagian daripada kandungan Buku 200 Tip Rajin Selawat.

Buku 200 Tip Rajin Selawat
Kandungan Buku 200 Tip Rajin Selawat

Buku 200 Tip Rajin Selawat
Hukum berselawat dalam Buku 200 Tip Rajin Selawat


Buku 200 Tip Rajin Selawat
Kaver Belakang Buku 200 Tip Rajin Selawat

10 Tip Beselawat di dalam Buku 200 Tip Rajin Selawat

  1. Selawat menjadi kunci kepada penerima amalan-amalan ibadah kita kepada Allah SWT.
  2. Lakukan selawat selepas solat supaya dihapuskan dosa, dinaikkan darjat di sisi Allah SWT.
  3. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW ketika hendak menunaikan zakat.
  4. Berselawat sebelum membaca doa selepas azan ataupun iqamat.
  5. Berselawat selepas membaca doa selepas azan ataupun iqamat.
  6. Setiap kali berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, gandingkan selawat tersebut dengan pujian-pujian kepada Allah SWT.
  7. Kemudian, berdoalah kepada Allah SWT.
  8. Tutuplah doa dengan puji-pujian kepada Allah SWT dan selawa kepada Nabi Muhammad SAW
  9. Berselawat pada waktu mustajab doa.
  10. Berselawat selepas khatam  Al-Quran.

Kesimpulan


Sebagai umat Islam, kita sudah dilatih berselawat sejak kecil lagi.

Dalam kehidupan seharian juga, kita beribadah bersama-sama dengan selawat. 

Namun begitu, kita hanya beselawat dalam melakukan ibadah wajib sahaja seperti solat dan berkhutbah.

Sedangkan kita amat digalakkan berselawat. Lagi banyak kita berselawat lagi bagus. 

Bahkan Nabi Muhammad SAW membenarkan sahabat baginda yang mahu menjadikan amalan berselawat dalam keseluruhan kehidupannya.

Mudah-mudahan dengan membaca Buku 200 Tip Rajin Selawat ini merupakan salah satu usaha untuk kita jadi rajin berselawat dan mendekatkan diri kepada Rasulullah SAW.