Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Rasa macam baru semalam post entry.. Rupa3nya dah lama tak post entry..
Sebenarnya banyak cerita nak diluahkan.. Kekangan masa sebagai seorang pelajar yang sememangnya membuatkan aku malas nak tekan butang icon blog di handphone xiaomi (update blog guna telefon je)
Untuk 11 minggu berada di uitm machang dalam degree level.. Yang hanya ada satu kelas sahaja untuk part 3..
15orang ahli kelas termasuk aku.. Mula-mula nak biasakan diri dengan mereka3.. Sangat3 janggal.. Masa mula-mula kepala memang duk ingat dekat kawan3 masa diploma.. Hampir nak nangis jugalah.. Susahnya nak masuk dengan mereka.. Antara salah satu sebabnya...memang aku seorang yang susah nak berkawan..
Sikit-sikit..kerana keramahan 5orang kawan perempuan baru untuk aku.. Akhirnya sekarang aku sudah mula selesa dengan mereka.. Masing-masing ada perangai yang berbeza yang melengkapi kelas part 3 yang kekurangan ahli kelas..
So aku nak perkenalkan kawan kelas yang berjaya membuatkan aku selesa dengan mereka..
Dalam gambar dibawah dari kiri izzati(dari kampus segamat) asal pahang.. Tak ada cakap pahang..full percakapan macam KL..dari pandangan aku izzati ni otak genius pandai gila wei.. Aku akan jadikan dia mentor aku.. Dialah orang first sekali yang masuk kelas selain dari kampus machang..dia seorang yang simple..
syafiqah(kampus machang, tapi tak kenal sebab dia batch sebelum aku kirannya senior masa diploma sebab dia dah konvo aku je belum) asal kelantan.. Ore kb boh.. syafiqah ni umur tua dari aku.. Dia baik sangat-sangat.. Dan pandai. Banyak juga yang aku tak tahu..aku pergi tanya dia..
aifa(kampus samarahan-jauh weiii)asal johor.. Seorang yang kaki pedas.. aifa seorang positif dari apa yang aku tengok.. Baik sangat.. Masa mula-mula susah juga nak bercakap..sebab nampak aifa pendiam.. Aku dah memang pendiam so memang tak berapa nak bercakap la.. Sekarang ni.. Dah ok..sebab dah mula selesa..
may(kampus merbok kedah habaq mai) asal KL.. Kadang-kadang terkeluar perkataan utaqa..may seorang yang happy memangjang.. Sama macam aifa positif gaya dia orang.. Seorang yang mudah mesra dengan orang.. Suka tengok dia..sebab kecik dan comel..
dila(sama kampus dan habis diploma sama batch dengan aku ) asal kelantan.. Merangkap roommate aku.. Seorang yang sama dengan may happy memangjang.. Mereka berdua kalau bergabung bergegar kelas dengan gelak tawa mereka.. Seorang yang baik sangat33.. Always help me.. Kalau ada masalah.. Try so hard buat aku bercakap.. Sebab dia seorang yang ramah.. *maafkan saya sebab saya seorang yang pendiam mesti k.dila annoying duduk dengan orang pendiam macam saya hehehe..
Aku cerita tentang kawan-kawan perempuan je yee.. Sebab kawan-kawan lelaki kelas ni..masih belum rapat..
Last sekali.. Aku harap.. Kami semua akan kekal positif sehingga habis belajar.. Tak nak gaduh3.. Biar gaduh3 manja je.. 😍
0 Comments
Catat Ulasan