Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..
Selalunya petang-petang sebelum raya.. Telefon pun aku tak sempat nak pegang..meriah sangat dengan adik beradik dan anak-anak sedara pulang ke kampung untuk menyambut hari raya..
Tahun ini sekali lagi sunyi.. Apabila adik beradik yang sudah kahwin tidak pulang berhari raya di sini..
Makin bertambah sedih bila yang betul-betul pasti pulang kekampung berhari raya hanya Along.. Aku tahu dah jadual along selalunya petang raya sampai lah along sekeluarga..
Akak sudah awal-awal lagi bagitahu dia tidak dapat pulang berhari raya haji di semanggol..disebabkan kenduri di kampung abg cik akan berlangsung pada raya ke dua..
Angah.. Jika tidak raya pertama dia sudah mahu beraya di sini..tapi disebabkan abah dan mak tak nak dia penat di jalan kena berulang alik dari kedah ke perak.. Mak abah hanya suruh dia sekeluarga beraya di kedah.. Tapi nampaknya hanya mulut merelakan..tapi hati mereka tidak siapa tahu.. Mak pagi-pagi tadi sudah tanya aku.. Betul kan angah tak balik raya sini..? Aku hanya mengangguk.. Di tengahari pula.. Lepas abah pulang dari kerja Abah pula tanya..angah tak balik raya la kan?
Siap buat cadangan baru supaya angah jenguk juga ke semanggoi untuk berhari raya..
Aku hanya mampu mengangguk sahaja.. Tahun ni hanya along yang dapat balik beraya.. Alhamdulillah..semoga kegembiraan dihari raya dapat dirasai oleh mak dan abah..
Mungkin malam ni..sekali lagi mata aku berlenangan air.. Melihat abah mengalunkan takbir seorang diri disurau.. Tanpa peneman seperti selalu..
Acecece...entri kali ini sedih.. Bila semua tidak dapat berkumpul dihari raya.. Semoga raya yang akan datang kami sekeluarga dapat berkumpul semua.. Dan keluarga kami bahagia sehingga ke syurga.. Aminnn..
Selamat hari raya aidiladha maaf zahir dan batin..selamat berkorban.. Jemput datang beraya..
1 Comments
Suatu hari di hari raya...
BalasPadamCatat Ulasan