Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Remember War of the son bukanlah drama korea pertama untuk aku. 

Tetapi selepas menonton drama ini. Aku mahu kongsikan serba sedikit review tentang drama yang aku rasa sangat menyentuh perasaan. 

Drama keluaran 2015 ini langsung tidak mengecewakan. 20 episode yang tidak membosankan.

Remember war of the son

                Drama Remember War of the son bermula dengan kehidupan Seo Jin Woo dan ayahnya Seo Jae Hyuk yang bahagia. Seo Jin Woo ketika itu masih bersekolah. 

Dia mempunyai kebolehan yang luar biasa apabila boleh mengingati setiap benda yang sudah lepas. Walaupun hanya sekecil benda. 

Kebolehannya itu terserlah apabila dia berjaya membantu Lee In Ah dalam mencari penjenayah yang telah mencuri dompet Lee In Ah. 

Pada mulanya Lee In Ah menuduh Seo Jin Woo mencuri dompetnya apabila Seo Jin Woo secara tidak sengaja telah melanggar Lee In Ah ketika mahu turun dari bas dan menyebabkan beg Lee In Ah terjatuh. Semenjak dari itu Lee In Ah mula mengenali Seo Jin Woo.

                Kebahagian Seo Jin Woo dan ayahnya Seo Jae Hyuk terhenti apabila ayahnya dituduh menjadi pembunuh kepada pelajar perempuan  Oh Jung Ah yang mati dibunuh. Seo Jae Hyuk mengalami penyakit pelupa yang sangat kronik. 

Kerana hari Oh Jung Ah di jumpai. Seo Jae Hyuk berlegar-legar dikawasan kejadian oleh kerana dia terlupa jalan pulang ke rumah dan secara tidak sengaja Seo Jae Hyuk terjumpa dengan Oh Jung Ah yang sudah tidak bernyawa. 

Seo Jae Hyuk mahu menghubungi polis tetapi dia telah terlupa password telefonnya. Dia cuba mengingati password telefon sehingga membuatkan dia pitam. 

Seo jin Woo yang ketika itu mencari ayahnya Seo Jae Hyuk terjumpa ayahnya yang sudah pengsan dan Oh Jung Ah itu terbaring di sebelah.

                Ketika Seo Jae Hyuk sudah sedar dari pengsan beberapa polis yang bertanyakan soalan kepadanya kerana dia adalah saksi utama Oh Jung Ah. Oh Jung Ah tersebut merupakan jiran di kawasan rumah mereka. 

Tetapi oleh kerana penyakit lupa Seo Jae Hyuk ketika detektif bertanyakan soalan sama ada dia mengenali dengan mangsa atau tidak Seo Jaek Hyuk menjawap tidak. 

Dia langsung tidak mengenali Oh Jung Ah. Seo Jin Woo yang mendengar mula terkejut dengan jawapan ayahnya. Setelah mendapat tahu penyakit pelupa Seo Jae Hyuk semakin teruk dia terus membawa ayahnya berjumpa dengan doktor.

                Oh Jung Ah sebenarnya bukan di bunuh oleh Seo Jae Hyuk. Dia sebenarnya dibunuh oleh Nam Gyu Man. Nam Gyu Man merupakan pewaris II Hoo group. 



Dia yang terkenal dengan sifat sombong  dan kejamnya yang bertanggungjawap membunuh Oh Jung Ah yang sudah dirogolnya. 

Oh Jung Ah menerima kerja sambilan sebagai penyanyi ketika parti berlangsung di villa Nam Gyu Man dan telah dibunuh oleh Nam Gyu Man apabila cuba melarikan diri dari Nam Gyu Man.

                Seo Jae Hyuk di tangkap dan dipaksa mengaku pembunuhan yang bukan dilakukan olehnya. Olehnya kerana di ugut oleh detektif . Seo Jae Hyuk dengan tanpa rela telah membuat pengakuan pembunuhan. 

Dia di bicarakan ke mahkamah. Seo Jin Woo sangat sedih melihat ayahnya di tuduh dan dicemuh oleh orang ramai. Peguam yang mewakili ayah Seo Jin Woo merupakan peguam baru dan dia gugup apabila berhadapan dengan hakim. Dengan itu peluang Seo Jae Hyuk untuk bebas sangat tipis.

   Oleh kerana kejadian ayah kepada Oh Jung Ah yang mati dibunuh mahu mencederakan Seo Jae Hyuk ketika perbicaraan, dan telah diselamatkan oleh peguam Park Dong Ho. 

Seo Jin Woo telah mula mengenali peguam Park Dong Ho yang terkenal dengan 100% kesnya dapat diselesaikan. Seo Jin Woo meminta pertolongan peguam park Dong Ho untuk mengambil kes tersebut namun telah ditolak oleh peguam Park Dong Ho. 


Seo Jin Woo mula mencari pelbagai peluang untuk meminta pertolongan kepada peguam park Dong Ho.  Dan akhirnya peguam park Dong Ho bersetuju menolong Seo Jin Woo. 

Dengan mudah peguam Park Dong Ho mendapatkan bukti-bukti pembunuhan itu sebenarnya dilakukan oleh Nam Gyu Man. Seo Jin Woo dan Lee In Ah juga telah mengetahui kebenaran pembunuhan apabila mereka telah menjumpai bukti di pejabat peguam Park Dong Ho.

                Tetapi perbicaraan itu tidak berjaya oleh kerana bantuan oleh ayah Nam Gyu Man sendiri yang tidak mahu nama syarikatnya tercemar. 

Akhirnya menyelamatkan Nam Gyu Man dan Seo Jae Hyuk di jatuhkan hukuman mati. 


Seo Jin Woo yang sangat mempercayai peguam Park Dong Ho sangat kecewa dengan peguam Park Dong Ho. Peguam Park Dong Ho juga sangat kecewa kerana semua yang berlaku bukan kehendaknya. Dia terpaksa mendiamkan diri.
                Seo Jin Woo meninggalkan rumahnya dan kembali setelah empat tahun. Dia menjadi peguam termuda di korea. 

Lee In Ah juga berjaya menjadi seorang pendakwa raya kerana dia juga mahu membuktikan ayah Seo Jin Woo tidak bersalah. Mereka berjumpa pertama kali setelah empat tahun berlalu  di mahkamah dan menjadi lawan kepada Lee In Ah apabila Seo Jin Woo mengambil kes yang berkaitan dengan II Hoo group. 

Lee In Ah sangat terkejut dengan kemunculan Seo Jin Woo dan pelik kerana Seo Jin Woo menjadi pembela untuk kes yang berkaitan dengan II Hoo group.  Tujuan Seo Jin Woo hanya mencari maklumat tentang Nam Gyu Man. Kerana itu dia cuba memasuki peluang yang ada tentang II Hoo group. 

Sejak daripada itu pelbagai halangan yang dilakukan oleh Nam Gyu Man untuk menghalang Seo Jin Woo membuka semula kes. Turut dibantu oleh peguam Park Dong Ho yang berkerja dibawah Nam Gyu Man.  

Namun setiap kali percubaan membunuh Seo Jin Woo yang dibuat oleh Nam Gyu Man di halang oleh peguam Park Dong Ho. Lee In Ah juga banyak membantu Seo Jin Woo dalam membela Seo Jae Hyuk.
                Sebenarnya aku nak cerita sikit je.. Tapi terkeluar banyak pula hahaha.. Ni sebab dah lama tak menulis la ni..

              
Part sedih bagi aku masa perbicaraan semula kes ayahnya, Seo Jin Woo dapat panggilan dari pengurus dia yang Seo Yae Hyuk sudah meninggal dunia.  

Dan keputusan mahkamah tidak berubah. 

Selepas itu Seo Jin Woo tetap meneruskan dendamnya apabila satu persatu orang yang berkaitan dengan kes tersebut di hapuskan(acecece ayat dramatik sangat hehe maksudnya dia cari bukti-bukti kesalahan dan mereka di tangkap terhadap kesalahan yang mereka lakukan).  

Tapi Seo Jin Woo pula diserang penyakit. Ingatan luar biasa yang dialami merupakan kecacatan kepada Seo Jin Woo. Semakin lama Seo Jin Woo mengunakan ingatannya memorinya akan semakin hilang. Dia mengalami penyakit yang sama dengan ayahnya. 

Tetapi dia masih berkeras untuk meneruskan dendamnya supaya Nam Gyu Man di tangkap.

Watak Nam Gyu Man dalam drama ini bagi aku sangat berjaya dengan kekejaman dan panas baran dia telah membuatkan aku betul-betul meluat dengan dia(hehehe over pulak menghayati watak). 

 Kerana kekayaan orang boleh jadi kejam, tamak, sombong, mengkhianati dan macam-macam lagi. 

Bagi aku, drama ni memang terbaik kasih sayang yang ditunjukan oleh Seo Jin woo sangat menyentuh hati apabila dia bersungguh-sungguh mahu membuktikan ayahnya tidak bersalah dan mahu membersihkan nama ayahnya. 

Watak Lee In Ah pula sangat cute dan dengan kesetiaan terhadap Seo Jin Woo menampakkan mereka berdua sangat sweet hehe

Aku syorkan hampa tengoklah cerita ni(terkeluar utara pulak hehe)..memang best.. dah boring tengok drama sweet2.. bersepah-sepah dekat tv..hero(Yoo Seung Ho) dan heroin(Park Min-young) dia pun comei 3.. 

cerita tentang bagai mana seorang anak yang berjuang dan berperang sungguh-sungguh untuk menegakkan keadilan terhadap ayahnya...