Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Master sun.. drama ni dah lama. Drama keluaran tahun 2013.. Aku baru je habis tengok. 

Biasalah aku bukannya peminat kipas susah mati sampai setiap drama korea aku tengok hehe.. so oleh sebab ada masa aku dapatlah berkesempatan menonton drama ni. (orang lain tengok lama dah aku baru nak tengok hehe).


Master sun cerita tentang seorang wanita yang boleh melihat hantu selepas koma disebabkan kemalangan. 

Tae gong sil (gong hyo jin)hanya dia sahaja yang boleh melihat hantu dan kebanyakkan roh yang dilihat semuanya meminta pertolongan kepadanya untuk menyelesaikan masalah mereka. 

Tanpa sengaja Tae gong sil berjumpa dengan joo joong won(So Ji-sub) ketika Tae gong sil selesai membantu roh yang meminta pertolongannya dan Tae gong sil telah menumpang kereta joo joong won untuk balik ke rumah. 

Namun bukan kerelaan joo joong won dia terpaksa kerana pemandunya secretary Kim  berhenti secara mengejut ketika tae gong sil menahan kereta mereka. 

Tae gong sil terus masuk kedalam kereta joo joong won selepas melihat kereta joo joong won berhenti. Sedangkan secretary Kim berhenti kerana pandangan dihadapannya tiba-tiba kabur kerana cahaya terang.  


Sejak daripada itu Tae gong sil mengenali joo joong won.

 Tae gong sil dihantui dengan roh-roh yang dilihat. Dia sangat takut melihat roh yang menakutkan. Kerana itu hidupnya sentiasa ketakutan dan dia hanya tinggal di rumah yang kecil dan dipenuhi dengan alat-alat menghalau hantu. 

Namun, selepas tanpa sengaja menyentuh joo joong won roh yang mendekati Tae gong sil terus hilang. 

Sejak daripada itu Tae gong sil mula mengikuti Joo joong won walaupun joo joong won tidak menyukainya kerana bagi dia joo joong won adalah penyelamatnya.


Setiap kali jo joong won menyentuh tae gong gil semua roh-roh tersebut hilang. Pada mulanya jo joong won langsung tidak mempercayai Tae gong sil yang kononnya oleh melihat hantu. 

Dia semakin mula mempercayai apabila Tae gong sil dapat melihat Cha hee jo dan melihat sendiri Tae gong sil menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikatnya apabila berkaitan dengan hantu. 


Joo joong won mula memberi kepercayaan kepda Tae gong sil apabila dia mengupah Tae gong sil menyelesaikan masalah yang dihadapinya iaitu misteri kematian kekasihnya Cha hee joo.

Dalam menyelesaikan pelbagai masalah hantu joo joong won banyak mengikuti tae gong sil membantu dan sentiasa mengambil berat tentang tae gong sil dan tanpa sedar joo joong won sudah mula jatuh cinta dengan tae gong sil. 

Tae gong sil juga menyukai joo joong won tapi dia menafikan kerana joo joong won adalah penyelamatnya sahaja ketika hantu menganggunya. 

Pada masa yang sama kang woo juga menyukai Tae gong sil. Kang woo adalah ketua keselamatan didalam syarikat joo joong won. 

Tugasnya adalah mengintip orang-orang sekeliling joo joong won yang telah ditugaskan oleh ayah joo joong won.

Part paling sedih bagi aku... dan aku menjadi emosi hehehe terlampau time joo joong won cedera ketika menyelamatkan Tae gong sil. Dia di tikam dan kehilangan nyawa seketika.


Roh joo joong won mencari Tae gong sil dan mereka berjumpa. Tae gong sil sangat terkejut kerana dia melihat roh joo joong won dia menangis kerana dia percaya joo joong won sudah mati. 

Kerana dia sudah melihat roh joo joong won. Ketika berjumpa roh joo joong won meluahkan perasaan cintannya dan menghilang. Namun sebenarnya joo joong won hanya mati seketika dan kembali hidup tapi dia koma. 

Tae gong sil mahu mengembalikan joo joong won dan meminta pertolongan madame go(perunding perkahwinan hantu-sampai part ni aku nak tergelak hahaha lawak kot..ada pulak perunding macam tu) tapi Tae gong sil terpaksa menerima kesan daripada pertolongan madame go itu.

Dia terpaksa membantu kerja madame go mencari hantu untuk di kahwinkan dan Semua Ingatan joo joong won berkaitan dengan hantu dan tae gong sil termasuk hari pertama joo joong won berjumpa dengan tae gong sil akan hilang dan tersimpan di rantai matahari yang pernah diberikan oleh joo joong won kepada tae gong sil. 


Rantai itu di simpan oleh tae gong sil. Joo joong won akan dapat semula ingatannya apabila dia menjumpai rantai matahari milik tae gong sil. Part ni yang aku geram sebab joo joong won langsung tak kenal tae gong sil. 

Tae gong sil pun nak melarikan diri dari joo joong won kerana dia tidak mahu joo joong won terlibat lagi dengan masalah hantunya. Kerana disebabkan dia joo joong won ditikam. Namun, joo joong won mula pelik dengan perubahan disekelilingnya mula mencari ingatan yang telah hilang sebab kenapa dia jadi seperti bukan diri. 

Dalam pada masa yang sama kes kematian cha hee joo terjawap apabila cha hee joo telah meminjam badan tae gong sil untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Last-last sekali tae gong sil tetap juga boleh melihat hantu walaupun setelah meninggalkan joo joong won selama setahun untuk pergi mencari sebab kenapa dia boleh melihat hantu akhirnya dia sudah tahu sebabnya dan dia sudah tidak takut dengan hantu. 

Joo joong won tetap menunggu Tae gong sil dan akhirnya mereka kembali bersama..


Bagi aku drama ni memang best.. walaupun merepek... heheh.. aku peminat So Ji-sub hehehe.. perkataan kegemarannya dalam drama ini "berambus" haha.. 

Bagi aku drama ni tak terlalu berat dan dia santai.. dan hantu-hantu yang ada dalam drama ni ada yang lawak, menakutkan pun ada juga.. pelakonnya juga pandai bermain dengan watak...

memang terbaikk...dadadadadaaa...