Tajuk novel hari ini adalah "Cinta Backpackers; Kembara Mencari Cinta"

kembara mencari cinta
Baca petikan perbualan dibawah.


“Oooh itu rahsia, mana boleh beritahu awak… tapi saya ada sesuatu nak berterus-terang pada awak, tau?”
Azwan Nafiz ingin berterus terang walau dia merasakan sangat sukar. Tetapi, kemudiannya memilih untuk tidak berterus terang. Itulah antara pilihannya yang terburuk, yang membuatnya menyesali keputusannya itu.
Beberapa tahun kemudian, dalam kembaranya mencari cinta, Azwan Nafiz berpeluang bertemu semula dengan Adhwa Shaqirah. Namun penyesalannya menjadi berganda-ganda.
“Dia tu siapa sebenarnya?”
“Tunang saya.” Tenang Adhwa menjawab sambil menunduk.
“Tunang?!” Aku terperanjat kerana jawapan itu betul-betul telah meluluhkan hatiku.
Takdir memisahkan mereka semula. Masing-masing meneruskan haluan kembara yang entah bila akan bertemu titik yang sama. Akhirnya, takdir juga menyuratkan mereka bertemu semula sekali lagi.
Mampukan mereka menzahirkan kata-kata cinta yang tidak pernah sempat dilafazkan? Lunturkah cinta pertama selepas kembara mencari cinta diteruskan?

Novel setebal 336 muka surat ini berharga RM26.91

Pembelian online boleh dibuat melalui Bookcafe: Tekan kuat-kuat disini ya.... >>>>> Novel Cinta Backpackers.