Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Sekali lagi aku buat kesilapan. 

Sebelum ni aku sudah kecewa dengan perkataan MENGHARAP

Namun, untuk kali ini sekali lagi aku terjerumus ke kecewaan akibat mengharap.

Belajar tidak mengharap untuk perkara yang remeh temeh. 

Berserahlah hanya kepada Allah. 

Aku pernah mengharap untuk dapat markah penuh test subjek tuuutuuuttt. Semester yang lepas-lepas. Masa jawap soalan test, berkobar-kobar bila tengok soalan.Jawap pun dengan Confident... level tertinggi. 

Dalam masa yang sama pengharapan untuk dapat markah penuh test tersebut jangan cakaplah memang tinggi sangat-sangat. Bila habis jawap, masa hantar pun penuh dengan senyuman. Yeahh. Aku boleh jawap, Tak sabar nak tunggu lecturer tanda kertas aku.

Bila sampai masa lecturer pulangkan balik kertas test. Punyalah excited tunggu giliran nama di panggil. Bila tengok saja kertas itu. Dussshhhhh... Macam batu jatuh atas kepala. Sakit sangat-sangat. Tengok saja kawan-kawan dapat markah tinggi. 

Rasa masa tu juga nak menangis. Muka jangan cakap dah. Rasa macam tak boleh nak senyum dah. Masa tu juga pujuk hati senyumlah walaupun sikit. Terima saja usaha kita. Tapi tetap juga tak boleh. 

Selamat kelas satu sahaja hari tu. Tak sempat balik rumah. Atas motor dah keluar dah air mata. Sejak dari hari tu sehingga hari ini. Aku tak guna dah perkataan mengharap dalam diri aku bila jawap test atau exam. 

Hasilnya, Alhamdulillah, Tenang sangat. Walaupun tak dapat markah yang bagus. Tapi alhamdulillah, terasa sangat ketenangan yang hadir. Bertambah gembira bila tengok kawan-kawan yang lebih tinggi markah mereka. Berkobar-kobar untuk belajar dengan mereka. 

Alhamdulillah rezeki mereka. Allah dah tentukan. 


Tak tahu nak letak gambar apa. -_- letak telefon along sebagai hiasan hehe. 


Tapi hari ini sekali lagi aku mengunakan perkataan tu. 

Menangis? 

Sudah tentulah. Aku ni semua benda nak menangis kalau tak kena dengan aku. 

Tapi langsung tidak ada kena mengena dengan mengharap dapat markah yang bagus dalam exam. 

Mengharap benda yang sangat kecil. Terlalu remeh temeh.(Biarlah rahsia hehe)

Sekali dah mengharap. Tak dapat. Sakit sangat. 

Itulah. Belajar balik dari kesilapan.

Terima kasih. Hari ini aku belajar lagi benda baru. 

Sepatutnya semua dalam kehidupan seharian letak sepenuhnya kepada Allah. Allah adalah pencipta yang sebaik-baik perancang. 

Insha Allah tak akan kecewa. Bahkan ketenangan yang akan menjelma.






* Sekiranya mengharap selain Allah akan musnah dan pastinya akan kecewa.  Seperti lirik lagu Dewa ".... semua ini pasti akan musnah.... tetapi tidak cintaku pada Mu..."

* So, ambillah pengajaran dari lirik lagu Dewa... "...hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi, telah terjadi... hadapi dengan tenang jiwa... semua kan baik-baik saja... bila ketetapan sudah, sudah ditetapkan... tetaplah sudah.... tak ada kan bisa berubah... dan takkan bisa berubah...."