Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Saya adalah peminat kek keju. Pertama kali saya jatuh cinta dengan Kek Keju ialah semasa menyambut hari lahir kak ngah. 






Kek yang dibeli oleh angah berjaya melenyapkan rasa cinta saya kepada kek coklat hehe.. (dah macam filem cinta pula hehe).

Perasaan membuak-buak melanda diri untuk menghasilkan kek keju sendiri. Tetapi nasib masih tidak menyebelahi saya. Peralatan untuk membuat kek di rumah angah masih belum mencukupi. 

Mungkin saya boleh mencuba apabila sudah kembali ke kampung halaman. Hasrat tersebut terpaksa saya lenyapkan buat seketika ini.

Oleh itu, saya akan kongsikan tip ketika membuat kek krim keju. Khas kepada mereka yang bernasib baik kerana dapat membuat kek hasil titik peluh sendiri.

Tip Kek Krim Keju 

1. Biarkan krim keju dan telur bersaiz AA dalam suhu bilik untuk mendapatkan adunan yang lembut.

2. Potong krim keju kepada beberapa potongan kiub agar mudah lembut.

3. Jangan guna krim keju rendah lemak atau tanpa lemak kerana kek akan menjadi liat dan rapuh.

4. Jangan pukul adunan terlalu lama kerana banyak udara dalam adunan yang akan menyebabkan kek rapuh.

5. Ini yang paling penting!! Jangan buka ketuhar dalam 30 minit pertama kerana kek mudah retak dan bantat. 


Dapatkan Resepi Kek Krim Keju klik SINI