Seperti biasa setiap minggu saya akan membuat sebuah entri tentang buku. Oleh itu, buku pada minggu ini bertajuk Alahai, Mat Salih!.
Banyak juga novel terbitan Alaf 21 yang saya baca sama ada beli sendiri atau pinjam daripada kawan-kawan.
Novel cinta karya Zan Zarida ini telah dibeli pada tahun lepas di karnival buku habibi yang berlangsung selama beberapa hari di Parit buntar Perak.
Pertama kali saya terpandang kulit buku ini, saya teruja untuk mengetahui apakah jalan ceritanya. Lantas saya mencapai dan membeliknya.
Keinginan untuk memiliki buku ini membuak-buak setelah saya membaca sedikit isi kandungannya. Entah mengapa, tiba-tiba saya sudah berada di kaunter untuk membayar harga buku ini.
Alahai, Mat Salih!
Tak nampak bukan tiada, tak terucap bukan tak cinta
Buku ini mengisahkan kisah cinta Aira Latisha dan Zafri. Zafri, kumbang dari Kanada sanggup terbang beribu kilometer untuk mencari Aira, bunga yang telah mencuri hatinya.
Puas dicari, rupa-rupanya sang bunga ada di depan mata. Cuma takdir yang lambat menemukan mereka. Bunga yang lari dikejar duda beranak tiga akhirnya menjadi milik si kumbang.
Hendak sangat majlis yang simple, TUHAN beri sungguh! Sudahnya, mereka bernikah di pejabat agama sahaja. Zafri, mat salih yang tidak faham perkataan dan istilah tertentu sering salah faham membuatkan darah Aira naik.
Panas baran dan sikap protes Aira yang berpanjangan benar-benar menguji kesabaran. Zafri memang mudah mengucapkan kasih dan mempamerkan sayang.
Sebaliknya, Aira lebih suka memendam perasaan. Kononnya hendak jual mahal. Walaupun sering menafikan, cinta yang hadir tetap tidak boleh ditepis.
Dugaan datang menguji apabila mat salih sudah pandai cemburu dan merajuk. Betul! Rahsia di sebalik cinta adalah mengenali dan memahaminya. Namun, wajarkah membiarkan suami panasaran dengan isteri sendiri?
Alahai Mat Salih... Kerana kau aku hampir gila!..
Ikuti cerita selanjutnya dengan lebih memcabar..
1 Comments
Rajin membaca menambah ilmu pengetahuan.
BalasPadamCatat Ulasan