Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

sumber: http://www.islam.gov.my/


Sudah tidak lama lagi kita akan menyambut Sambutan Maulidul Rasul yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari khamis ini). 

Bertemakan Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Apakah maksud Wasatiyyah?


Maksud Wasatiyyah ialah pertengahan atau sederhana.

 

Asal Usul Sambutan Maulidur Rasul...


Lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.


Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.


Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. 

Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam. Untuk mengetahui lebih lanjut sila KLIK SINI.


Kertas rentang pertandingan bersempena sambutan maulidur rasul 1433 hijrah yang di buatan oleh pelajar kelas 5T1 tahun lepas. Tetapi kalah kerana ada yang lebih terbaik.

Berjalan ramai2 sambil berselawat "rindunya nak sambut di sekolah"