Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...


 yummy... nampak macam sedapkan. Rasa macam nak makan sekarang hehe. Kek ini di buat oleh sepupu saya JamiLah Syuib. Beliau merupakan bekas penuntut di food institute of malaysia. 



Beliau juga pernah mengambil tempahan untuk kuih atau biskut raya. Pelbagai bentuk kek dan rasa yang telah di hasilkan oleh beliau. Beberapa gambar yang sempat saya curi di camera beliau hehe. Sangat menarik dari pandangan saya. 




kalau yang ini, nak makan pun sayangkan..

Tergoda saat melihat kek yang mengiurkan ini..

Bagaimana? tergoda tak iman korang apaabila bila melihat pelbagai jenis kek tersebut. Oleh itu saya ingin kongsikan resepi kek buatan beliau yang telah di hasilkan untuk majlis pertunangan kakak saya beberapa tahun lepas. 

Resepi kek coklat..


Bahan-bahan  

200 gm gula
200 gm tepung gandum
240 mentega
5 biji telur
2 sudu kecil pewarna coklat/coklat masak
1 sudu kecil bikarbonat
1 sudu kecil vanilla

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan masukan vanilla
3. Kemudian ayak tepung gandum dan serbuk bikarbonat setelah itu masukkan
    ke dalam bahan yang diputar tadi
4. Tambahkan pewarna coklat dan putar sehingga ianya sebati
5. Panaskan ketuhar 190 c dan masak
    kek dalam masa 45 minit atau 
    kurang.