English: Flag of Kelantan Bahasa Melayu: Bendera Kelantan FOTW says: :The flag consists of a white emblem on a red background. The red background signifies the loyalty of the people of Kelantan. The white emblem stands for the sanctity of the office of the Ruler. (...) The emblem consists of a crescent, symbolising Islam; a star; two spears and two keris or Malay daggers (the small objects beneath the star). (Photo credit: Wikipedia) |
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...
Saya telah jatuh cinta...
"Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?" - Mojo
Yup... hati ini telah jatuh... lelaki ke?
Bukan.... bukan lelaki yang singgah dihati ini....
Lagi beberapa hari cukup lah sebulan saya berada di sini.
Bahasa Melayu: Peta negeri Kelantan dengan lambang negeri di dalamnya. (Photo credit: Wikipedia) |
Sikit perasaaan bosan menyelubungi diri kerana hanya memerap dalam rumah jer... dah macam tinggal dalam gua... langsung tiada komunikasi...
Nak jumpa angah pun susah... asyik sibuk jer... selamat Kak Ngah seorang penyabar...
Namun, hati saya tenang disini.
Hakikatnya, hati saya sudah tertambat di kelantan.
located at Gua Musang,Kelantan. (Photo credit: Wikipedia) |
Mengapa? Kenapa? Bagaimana?.. Apa pasal pulak? Biarlah persoalan-persoalan ini bermain difikiran korang.
Di Kelantan saya tidak kemana-mana. Saya sekadar berlegar-legar di Bandar Machang. Kerana disinilah rumah Angah.
Keadaan disini memang berbeza dengan tempat-tempat lain yang pernah saya melawat. Paling ketara adalah, penduduk disini keseluruhannya berbangsa Melayu.
Kalau ada pun sikit sangat bangsa cina. Bangsa India jarang sangat nak jumpa.
Namun, mereka menggunakan loghat Melayu Kelantan untuk berkomunikasi. Langsung tiada beza dengan melayu. Kali pertama mendengar terkejut juga...
Coat of arms of Kelantan (Photo credit: Wikipedia) |
Sudah empat hari saya menemani kak ngah mengambil si comel husna di rumah pengasuhnya.
(sekurang-kurang aktiviti ini membolehkan saya keluar juga, walaupun sekadar pergi mengambil husna. Serius saya bosan dalam masa sehari tidak keluar dari rumah hehe... tapi perempuan kan tak elok keluar dari rumah tanpa ada waris... lain lah dah kawin... suami boleh benarkan...)
Rutin tersebut bermula dari hari ahad lepas sehingga hari terakhirnya hari ini.
Saya menemani kak ngah kerana angah (Saljuhumairah) tiada di rumah , beliau outstation atas urusan rasmi kerja di Sabah.
Dah macam drama melayu saya tengok angah. Outsatation tak henti-henti...
Begitulah orang berkerja terpaksa berkorban masa bersama keluarga untuk tanggunjawab yang harus di galas.
Biarkan lah hal mereka. Allah pasti tahu apa yang terbaik untuk mereka. Saya doakan semoga keluarga mereka mendapat rahmat dari Nya...
Setiap hari mengambil Husna, saya sering memerhati dan melihat gelagat masyarakat Kelantan. Di sini, waktu solat sedikit awal dari tempat asal saya...
Tempoh mengambil husna betul-betul hampir dengan azan maghrib.
Fenomena pelik yang saya lihat dan bagi saya ianya sangat unik adalah, kemeriahan masjid disini.
Makcik-makcik dan pakcik-pakcik seperti berluma-lumba. Ada yang berjalan, bermotosikal dan berkereta. Ada juga seorang pakcik tua yang uzur bongkok perlahan-lahan menyusuri tepi jalan raya menuju ke Masjid yang masih jauh.
Saya sangat teruja melihat situasi tersebut.
Sebelum ini, ianya sekadar khayalan minda saat menelaah novel islami. Sekarang ia betul-betul berlaku dihadapan mata sebuah situasi yang masyarakatnya sangat menjaga solat.
Kalau lihat dari segi tempat letak kenderaan penuh..
Susah untuk mencari tempat letak kereta. Biasanya angah hanya parkir di tepi jalan. Ia seakan-akan solat jumaat di tempat saya (perak).
Malah, jika ke Pasar Malam, aktiviti jual beli wajib dihentikan dalam tempoh tersebut, jika tidak kita akan disaman oleh penguat kuasa.
MasyaAllah, Indah sangat suasana tersebut.
Tetapi, khabarnya di kota bharu lebih banyak situasi yang mengujakan.
Kali terakhir saya pergi ke sana, adalah bersama keluarga. Iaitu hari pertama angah melapor diri di Kelantan.
Lama sungguh, sehinggakan angah sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak setahun lebih. Teringin sekali untuk menjejakkan kaki di sana lagi.
Terlalu banyak untuk di ceritakan tentang Kelantan.
Azam saya, sementara masih diizinkan Allah masa, umur dan ruang untuk tinggal disini, saya akan mengembara ke seluruh pantai timur dan ceritakan pengalaman berharga ini.
"Izinkan aku mencintai mu..."
Terutamanya... tentang makanan...
IN SHAA ALLAH....
Bersambung.....
Saya dihadapan Masjid Bandar Machang, Kelantan. |
1 Comments
Negeri serambi Mekah yang penuh berkat.
BalasPadamCatat Ulasan