Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Hobi...

Semua orang mempunyai hobi kan. Macam-macam aktiviti boleh dijadikan sebagai hobi. Malah Seseorang itu boleh menjadi unik dengan hobinya .. sebagai contohnya hobi mengumpul katak (ada ke orang buat). contoh je la.

Saya juga mempunyai hobi iaitu membaca novel dan melukis. Nampak macam hobi budak-budak kan.. Tetapi hobi yang saya tidak kan tinggalkan hingga kini ialah melukis. Selalunya waktu kebosanan tahap yang melampau saya akan isikan dengan aktiviti melukis. tetapi saya tidak lah seperti kartunis yang berbakat itu. Hanya mengisi kekosongan masa.


Hasil lukis saya yang biasa-biasa sahaja.

Ramai kawan saya mencadangkan agar saya memasuki kelas lukisan semasa di tingkatan 4. Saya teringin nak masuk ke kelas tersebut. Setelah mendapat nasihat daripada mak dan abah. hasrat itu terpaksa dikuburkan. lagi pun saya bukan pandai melukis. menconteng boleh la hehe. hobi ini saya kongsikan bersama angah dan along kerana mereka juga mempunyai bakat melukis. 


Antara lukisan saya

Ini baru sahaja sedikit, masih banyak lagi lukisan yang telah saya lukis. Mana nak tahu tiba-tiba ada orang bagi job ke? jadi kartunis hehehe. "berangan".




Iukisan yang masih belum siap sepenuhnya.