Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Siapa dah tengok cerita  Tenggelamnya kapal van der wijck sila angkat tangan..

Cuma satu sahaja nak komen.........
.....
.........
Inilah cerita yang paling best untuk tahun ini.. Untuk saya.. Karya Hamka memang tip top..


Oleh sebab teruja dengan jalan cerita dia.. Hati ini memberontak untuk review perjalanan sepanjang cerita ini.


Filem adaptasi ini berasal dari novel karya hamka yang juga bertajuk Tenggelamnya kapal van der wijck..


Tidak sampai separuh jalan cerita ini berputar.. Satu perkataan bermain di fikiran..sedih..tup..tup.. Air mata menitis..
Kepala mula berfikir.. Baru separuh ni.. 


Macam mana yang akan datang..teruja untuk melihat lagi scene yang akan datang..


Cerita ia bermula begini Lelaki yang bernama zainuddin ni pergi merantau kerana dia mahu mempelajari ilmu agama di tempt kelahiran ayahnya..


Zainuddin anak yatim mak ayah dia sudah meninggal..dia seorang yang miskin..


Zainudin pun pergi lah ke tempat itu..tetapi orang kampung disitu seperti tidak menyukai dia..sebab orang di kampung itu sangat mementingkan adat.. 


Mereka kata Zainudin tidak jelas asal-usulnya dan keturuan dia..dia bukan orang yg betul-betul tempat tu..


Zainudin berasa sangat sedih..orang kampung semua sisihkan dia..selepas itu secara kebetulan dia terjumpa dengan seorang perempuam yang bernama hayati..


perempuan ini baik lemah lembut.. Cantik..tapi hayati dijaga oleh ketua kampung itu yg mementingkan adat sama seperti orang kampung yang lain..


Hayati tiba tepat pada masanya ketika Zainudin sedang bersedih.. Sejak pertemuan yang tidak sengaja itu, akhirnya membuatkan mereka menjadi kawan.

Hayati setia mendengar keluhan hati lelaki tu. Dia seperti menjadi semangat untuk Zainuddin. Lama kelamaan terbitlah perasaan cintq diantara mereka..


Namun kegembiraan itu hanya sementara.. apabila orang kampung asik mengata yang bukan-bukan tentang mereka berdua..selepas itu Zainuddin di halau dari kampung itu..


sedangkan masa tu Zainudin sudah ada perasan cinta kepada hayati..dia berasa seperti hilang semangatnya..Zainudin sangat sedih..kerana cintanya terlalu mendalam terhadap hayati...


Namun sebelum Zainudin pergi dari kampung itu. Hayati datang memberi semangat kepada Zainuddin. Hayati memberi sumpah kesetiaan kepada Zainuddin.


Dia bersumpah untuk menunggu Zainuddin walau lama mana Zainudin pergi. Zainudin kembali bersemangat dan dia memengang erat dengan sumpah yang telah dikatakan oleh hayati.


Zainudin pun pergilah ketempat lain. Tiba-tiba hayati mengirimkan surat kepada Zainudin dan memberitahu bahawa dia akan datang kepada ke tempat Zainudin. Dia berasa sangat gembira.


Hayati pergi ke tempat Zainudin dan menumpang tinggal di rumah sahabatnya. Sahabatnya itu mempunyai seorang abang yang kaki judi..


Kaki perempuan tapi langsung tidak diketahui oleh hayati kerana dikaburi oleh harta, keturunan dan darjatnya.


Sebetulnya hayati dibenarkan untuk datang ke tempat Zainudin kerana di tempat itu akan diadakan majlis lumba kuda.


Ketika mahu pergi ke majlis itu. Sahabat hayati itu telah memberi pakaian yang seksi kepada hayati. Pada mulanya dia tidak mahu. Namun setelah dipujuk oleh sahabatnya itu. Akhirnya hayati memakai pakaian tersebut.


Hayati sangat gembira kerana dia bakal berjumpa dengan kekasihnya zainudin. Hayati pergi kemajlis itu bersama sahabat dan abangnya.


Zainudin sangat terkejut melihat hayati dengan berpakaian sebegitu rupa. Tetapi bila zainudin mahu menghampiri hsyati ada saja halangan .


Zainudin diperlekeh kerana miskin dan memakai pakaian seperti orang alim. Dipendekkan cerita abang(lupa nama haha) kepada sahabat hayati disuruh oleh maknya untuk meminang hayati.


Kerana tertarik dengan perangai hayati sepanjang berada di rumah mereka. Tanpa berkata banyak lelaki itu pun meminang hayati dan dalam masa yang sama zainudin juga meminang hayati.


Oleh kerana penjaga pmpn tu terlalu mementingkan adat n keturunan..merekq mereka memilih lelaki yang kaya itu. Tetapi hayati hanya mengikuti pilihan penjaganya dan langsung tidak membantah.


Hayati menulis surat kepada zainudin dan memberitahu mereka berdua tidak sesuai untuk berkahwin kerana zainudin dan hayati miskin. Bagaimana mereka mahu mengharungi hidup berumah tangga jika tiada duit.


Zainudin sangat kecewa dengan hayati. Sehingga dia jadi seperti sudah gila dan hampir-hampiri mati kerana tidak makan. Semasa zainudin sakit. Hayati datang untuk memulihkan kembali sakit zainudin.


Melihat sahaja hayati zainudin terus mengajak hayati untuk berkahwin. Namun setelah melihat inai di tangan hayati. Zainudin menghalau hayati.


Zainudin kembali mendapat semangat oleh kerana nasihat yang diberi oleh lelaki yang dimana anak kepada tuan rumah yang ditumpanginya sepanjang berada di kampung tersebut.


Lelaki itu merupakan samseng kampung yang selalu melepak dan berjudi sahaja. Selepas melihat peribadi zainudin lelaki(tak ingat nama juga hehe) itu mahu berubah. Dia berjanji dengan zainudin untuk menjadi sahabat sehingga mati.


Mereka berdua pun berhijrah la ke satu bandar ni.. Oleh kerana zainudin mempunyai bakat di dalam dunia penulisan. Zainudin mula menulis di dalam akhbar. 


Makin lama.. Cerpen yang dihasilkan mendapat tempat di hati pembaca. Hingga di cetakkan ke buku. Zainudin semakin terkenal. 


Oleh kerana sikapnya yang boleh dipercayai tuan punya syarikat akhbar telah memberi sebuah syarikat untuk diuruskan olehnya.


Cerita hasil karyanya telah dibaca oleh hayati..serta kisah dari buku itu sangat sama dengan kisah hayati dan zainudin.. Tetapi nama pengarang yang ditulis di buku itu hanyalah perkataan Z..


Hayati terseksa dengan perangai suaminya yang kaki judi. Sehingga kan mereka sudah tiada duit. Zainudin telah membuat satu majlis di rumahnya dan dihadiri oleh hayati dan suaminya.


Suami hayati dengan tanpa segan silu meminta duit kepada zainudin dengan alasan dia sudah di tipu oleh kawan pejabatnya.


Walau bagaimana pun selepas itu mereka menjadi muflis oleh kerana tidak mampu untuk membayar duit judi. 


Zainudin yang membantu mereka sebagai seorang sahabat dengan menumpangkan mereka di rumahnya. Selepas suami hayati jatuh sakit. Dia mula sedar dengan sikapnya lalu membuat keputusan untuk meninggalkan hayati di rumah zainudin.


Suami hayati mati dan sempat memberi talak kepada hayati. Apabila sudah hayati bercerai. Hayati kembali mahu zainudin memberinya peluang kedua. Untuk memperbetulkan kesilapannya..


Tetapi zainudin sangat berpegang kepada surat yang pernah diberi oleh hayati ketika sebelum kahwin. Hayati mahu mereka menjadi kawan sampai bila-bila.


Oleh kerana dendam zainudin langsung tidak memberi peluang kepada hayati dan menyuruh hayati kembali ke kampung halamannya. Sedangkan zainudin masih mencintai hayati.


Hayati mahu memperbaiki kesilapannya dan dia hanya mencintai zainudin. Hayati sangat sedih dengan jawapan yang diberikan oleh zainudin. Lalu dia pun mengikut kata-kata zainudin untuk kembali ke kampung.


Hayati menaiki kapal van der wijk . disepanjang pelayaran ingatan hayati hanyalah kepada zainudin. Kapal tersebut karam bersama hayati yang sedia memengang gambar milik zainudin.


Sebelum hayati pergu dia telah meninggalkan surat kepada zainudin. Selepas zainudin membaca surat tersebut zainudin pun tersedar dengan sikapnya yang keterlaluan terhadap hayati. Zainudin pun mengambil keputusan untuk pergi mengambil hayati di kampung..


Belum sempat zainudin pergi. Dia terbaca surat khbar yang tertulisa berita tentang kapal yang dinaiki oleh hayati tenggelam. 


Zainudin bergegas pergi ke hospital untuk mencari hayati. Pencariannya membuatkan hasil. Dia menjumpai hayati yang sudah tenat.


Hayati sangat gembira setelah mengetahui zainudin masih mencintainya. Zainudin menangis semahu-mahunya melihat keadaan hayati. 


Akhir sekali hayati meminta zainudin untuk membacakan dua kalimah syahadah di telinganya sebanyak dua kali.


Pelahan-lahan zainudin mengalunkan dua kalimah syahadah di telinga hayati sambil di ikuti oleh hayati. Selesai sahaja bacaan yang kedua hayati menghembuskan nafasnya. Zainudin sangat sedih sehinggakan dia pengsan.


Akhir sekali zainudin bangkit dari kesedihan lalu rumah agamnya itu di buat sebagai rumah pelindungan anak-anak yatim dan rumah itu diberi nama hayati.


Jom tengok filemnya kalau nak lebih menarik. Banyak nilai yang kita bolej pelajari. Baca/tengok dengan berfikir.