Kisah 4 di dalam buku keajaiban Firasat 63 Kisah Pengubat Jiwa juga merupakan antara kisah yang paling saya suka. Kisah ini sangat bermakna dan terdapat banyak keajaiban yang terserlah. Semoga ianya juga dapat menarik minat anda.
sumber gambar : http://kedaiemasnazman.blogspot.com/2010/04/rantai-leher-baru-tiba.html |
Jasa seutas rantai
Seorang
lelaki yang berhijrah telah sampai di bumi madinah. Perjalanan yang
ditempuhinya sangat jauh.
Mukanya pucat, badannya tidak bermaya dan bajunya
dibasahi peluh. Dia perlukan makanan kerana sudah berhari-hari tidak makan.
Dia
juga perlukan pakaian, keranan pakaian sedia ada sudah hampir tidak mampu
menutup auratnya lagi.
Dia segera memohon pertolongan
rasulullah yang ketika itu berada di masjid. Rasulullah menyambutnya sebagai
tetamu dan ikhwatul iman(saudara dalam keimanan).
Baginda menyambutnya dengan
senang hati dan mendengar permintaannya. Hati kecil baginda ingin membantunya,
tetapi baginda tidak mempunyai apa-apa untuk membantu.
Baginda berkata, “Maaf kerana
aku tidak mempunyai apa-apa untuk kamu hari ini. Namun, cubalah pergi ke rumah
puteriku, Fatimah. Mudah-mudahan di rumahya ada sesuatu untuk memenuhi
keperluanmu.”
Dia berangkat menuju ke rumah
Fatimah diiringi bilal bin rabah. Sampai di sana, Fatimah memyambut
kedua-duanya dengan penuh hormat, kemudian bertanya asal usul tetamunya serta
maksud kedatangnnya.
Orang itu menjawab, “Aku datang
dari negeri yang jauh sekali kerana ingin bersama ayahmu, rasulullah berhijrah.
Sekarang aku sudah kehabisan bekalan, perutku lapar dan pakaianku pun sudah
lusuh. Rasulullah memerintahkan aku menemuimu, wahai Fatimah.”
Fatimah faham maksud kedatangan
mereka berdua atas suruhan rasulullah. Dia segera menoleh ke kanan dan ke kiri,
mencari sesuatu yang boleh disedekahkan.
Nampak tidak ada apa-apa. Akhirnya dia
melihat alas tidur yang biasa digunakan oleh sayidina hasan dan sayidina
Husain, kemudian memberikan kepada tetamunya.
Tetamu itu menerima pemberian
Fatimah dengan senang hati.
Dia berkata, “akan tetapi, aku
perlukan makanan untuk mengembalikan tenaga kerana sudah lama tidak makan.”
Fatimah menjadi serba salah dan
kasihan padanya kerana tidak ada apa-apa yang boleh diberikan kepadanya.
Tanpa
disedari, dia terpegang rantai yang dipakainya. Ia adalah rantai pemberian
sepupunya ketika berkahwin dengan sayidina Ali k.w.j.
Walaupun ia sesuatu yang
berharga dalam hidupnya, namun, kerana taat kepada perintah rasulullah dan
keindahan akhlaknya yang mudah berasa simpati dengan kesusahan orang lain,
dia
segera meninggalkan rantai yang dipakainya lalu diberikan kepada tetamu itu dan
berkata, “ambillah rantai ini dan jualkanlah. Mudah-mudahan harganya cukup
untuk memenuhi keperluanmu”
Selepas itu, tetamu itu bersama
bilal kembali semula berjumpa rasulullah dan menceritakan apa yang berlaku.
Rasulullah berkata, “jualkan
rantai itu.”
Tidak berapa lama selepas
rasulullah mengucapkan perkataan itu, seorang sahabat bernama ‘Ammar bin yasir
bangun dan berkata., “wahai rasulullah, izinkan aku membeli rantai itu.”
Rasulullah menjawab, “Belilah
wahai ‘Ammar.”
‘ammar bertanya kepada tetamu
itu, “berapakah harganya yang engkau ingin jual?”
Dia menjawab, “aku akan
menjualnya dengan kadar tukaran roti, daging yang mengenyangkan perutku, sehelai
baju penutup tubuhku dan satu dinar wang untuk aku bawa balik kepada isteriku.”
‘Ammar berkata, “Baiklah, aku
beli rantai ini dengan 20 dinar dan 200 dirham, ditambah sehelai baju serta
seekor unta agar engkau dapat berjumpa isterimu.”
Tetamu itu tergamam dan sangat
bersyukur. Dia tidak terfikir akan mendapat tawaran sebegitu daripada ‘Ammar
dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Selepas terjadinya ijab dan
qabul (jual beli), ‘ammar kembali ke rumah dan menemui pembantunya bernama
Asham lalu berkata, “Sekarang kamu pergi berjumpa Rasulullah.
Sampaikan pesanku
kepada baginda bahawa aku menghadiahkan rantai ini kepada baginda sekali dengan
dirimu. Sekarang engkau bukan lagi milikku, tetapi milik rasulullah.”
Asham pergi berjumpa rasulullah
dan berasa gembira kerana akan menjadi orang suruhan kepada baginda.
Selepas
Asham menyampaikan pesanan daripada bekas tuanya, ‘Ammar, rasulullah menerima
kedua-dua hadiah itu dengan senang hati.
Kemudian rasulullah berkata,
“Asham, sekarang engkau adalah milikku dan dengarlah dengan apa yang akan aku
katakana.
Pergilah kamu ke rumah puteriku Fatimah, dan katakana kepadanya
bahawa rantai ini aku hadiahkan kepadanya dan aku juga hadiahkan engkau menjadi
miliknya.”
Kemudiannya asham pergi
melaksanakan perintah rasulullah. Ketika sampai di rumah Fatimah, dia
menyampaikan pesanan tesebut.
Fatimah menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan
kesyukuran. Siapa yang tidak bahagia apabila menerima hadiah daripada ayahanda
sendiri.
Selepas menerima kedua-dua
hadiah itu, Fatimah berkata kepada Asham, “Pergilah engkau wahai Asham.
Sekarang engkau sudah menjadi manusia merdeka. Aku melakukan kerana Allah.”
Asham berasa gembira dan ketawa.
Fatimah bertanya kehairanan,
“kenapa engkau ketawa begitu?”
Asham menjawab, “Aku ketawa
kerana kagum dan takjub dengan keberkatan rantai ini.
Ia telah menyenyangkan
orang yang lapar, menutup aurat orang yang telanjang, memenuhi hajat orang yang
fakir, dan membebaskan orang yang dimiliki(hamba).”
0 Comments
Catat Ulasan