NOTA INSAN

Aku Bercerita

on 20 Februari 2013

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..


Alhamdulilah pada hari isnin yang baru sahaja berlalu, saya berjaya membeli novel terbaru Ramlee Awang Mursid. Aku Bercerita. 

Saya sangat teruja membacanya sehingga tidak mahu keluar dari bilik untuk menghabiskan jalan ceritanya yang penuh dengan pengembaraan.

Nama Ramlee Awang mursid Sentiasa meniti di bibir para pengemar novel thriller. Karya beliau selalu menjanjikan yang terbaik.  (Dah macam tok abah dalam boboiboy pula hehe)

Syukur yang tidak terhingga kerana saya dapat menambahkan lagi koleksi karya Ramlee Awang Murshid. 



Aku Bercerita agak berbeza berbanding dengan karya-karya beliau sebelum ini meskipun masih menggunakan konsep yang sama iaitu thriller yang mencakupi elemen misteri, aksi, suspens, seram, perkembangan isu-isu semasa serta cinta.

Di dalam buku ini juga terdapat lima buah cerita yang bertajuk bunian, culik, cinta matiku,sang kancil dan cut. Kesemuanya mempunyai jalan cerita yang penuh dengan pengembaraan dan menarik yang ditunjangi 'Aku' sebagai pencerita kisah-kisah tersebut.

Novel ini bersifat surealisme yang bersesuaian dengan kecelaruan seorang penulis novel yang mengalami writer's block.


Sinopsis


Seorang pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala Writer's block melanda. 

Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat 'seseorang' menggunakan komputer ribanya. 

Namun kelibat orang itu samar-samar.

Sebuah cerita yang ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. 

Teorinya - mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. 

Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.

Kemudian.. semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. 

Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggunjawab menghuru-harakan kehidupannnya?


Ramlee Awang Murshid ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan.. andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya..

Ikuti jalan Ceritanya yang lebih mencabar dan suspens, rugi jika tidak baca hehe...
Ranking: 5

9 comments:

  1. novel ni macam mana jalan ceritanya sebenarnya? huhu.. novelis cerita kan pengalaman dia sepanjang terbabit sepanjang dia berkarya ke? hhuhu..

    (*mmg fans RAM..hehe..novel dia bnyk psiko n luar kebiasaan dr novel2 lain...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin ya mungkin tidak tetapi RAM ada menyatakan ada yg jadi betul dlm kehidupannya tetapi ada cerita yg kita rasa seolah2 dia..

      novel ni ada 5 cerita yg berbeza seperti lima owg yg menulisnya dlm satu novel..selanjutnya dapat novel beliau...^_^

      saya juga Fans RAM... novel karya beliau memang terbaik..hehe

      Padam
  2. Jalan cerita yang boleh menambat hati seseorang untuk terus membacanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jalan ceritanya seolah3 memberi rasa keinginan yg membuak-buak utk meneruskan pembacaan..

      Padam
  3. Balasan
    1. bestkan ceritanya.. ^_^..
      terbaik hehe

      Padam