Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah.. Allah bagi nikmat kemeriahan dihari raya..

Expectation-raya haji mesti tak ramai.. Mana ada orang balik raya.. Cuti sehari je kot..

Reality-terkelu..perhh ramai kut.. Masak pun ala kadar.. Takut tak habis.. Tengok3 habis makanan..

Dah jadi rutin orang3 kampung matang pasir semanggol, perak.. Setiap kali raya je.. Tak kira raya haji atau pun raya puasa

Rutin orang surau berkunjung ke rumah ke rumah selepas solat raya adalah sesuatu yang tidak pelik..

Dimulakan dari rumah yang berhampiran dengan surau dan terus sehingga habis..

Abah cakap... Rutin ni.. Dari sebelum abah lahir lagi dah memang dilakukan..

Sebab tu..bila aku celik3 je mata lahir.. Memang dah ada program ini.. Dulu kecil-kecil abah selalu bawak aku sekali pergi beraya.. Boleh la dapat duit raya sikit3..

Bila dah besar.. Malu la nak ikut.. Sebab semuanya lelaki..bagi aku.. Raya haji la meriah.. Mana taknya.. Masa raya haji lah.. Mereka berkunjung dari rumah ke rumah dan mengalunkan takbir disetiap rumah yang dikunjungi..

Rasa tenang je.. Mereka akan bergilir bertakbir.. Dekat rumah aku orang lain takbir.. Pergi rumah jiran sebelah orang lain pula takbir..

Sedikit sebanyak memang dapat mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga...

Yela.. Masa bila lagi kita nak pergi berkunjung jiran tetangga dan menghulurkan kata maaf..jika tidak dihari raya..

Hari ni masih boleh bertakbir.. Jom bertakbir.. 💜💜💜💜💜