Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Sedar tak sedar dah minggu kedua aku duduk di kolej kediaman tun hussin On Uitm Machang..

Masih ada 12 minggu untuk ditempuh..

Cerita yang aku nak bagitahu ni.. Tentang semasa nak tinggalkan rumah ku syurga ku..

Seminggu sebelum raya aku dah pun datang ke uitm untuk selesaikan urusan pendaftaran dan juga menghadiri kelas untuk minggu pertama.. Abah dan mak turut ikut untuk memberikan semangat untuk aku...

So permulaan minggu tu..di terangi dengan wajah mak dan abah..kemudiannya selepas seminggu berakhir.. Aku pun pulang ke kampung untul beraya.. So seminggu pula aku duduk dengan mak dan abah..

Yang menjadi cerita ayaq mata tu(opsss terkeluar utaqa la pulak maap naa hahaha)..

Semasa nak balik ke uitm semula untuk menghadapi minggu3 yang akan mendatang..acecece.. Gitu..

Enam bulan cuti rehat lepas diploma.. Aku tak pergi mana-mana.. Bangun nampak mak dan abah..sebelum tidur tengok mak dan abah..

Ni nak balik uitm..berbulan-bulan juga nak jumpa balik.. Memang muka nampak sangat tak ada mood hari last di rumah..

Pikiran duk fikir.. Lamanya nak boleh nak balik rumah balik.. (Anak manja mak.. Dekat rumah mak panggil didik.. Pastu balik kelantan..tengok-tengok khalilah pun mama dia panggil didik..rasa jelous jugalah.. Tu nama manja aku tu.. Pasaipa khalilah guna..hahah tak sedar diri umur dah masuk 20an.heheh)

Masa letak letak beg dalam bonet kereta angah.. Rasa tak mampu nak pandang muka mak dan abah.. Cuba juga.. Senyum sikit-sikit..

Salam dengan mak dan abah cepat-cepat pastu masuk dalam kereta terus..

Dalam kereta... Nampak mak dan abah duk lambai tangan.. Keluar dah air mata masa tu.. Sambil buat muka sebek(muka 20 sen sebab sedih nak balik uitm)

Berharap abah dan mak tak nampak air mata yang keluar laju... (Sambil duk tulis ni..sambil nangis"woi sapa potong bawang masa-masa ni")

Masa aku tengok tu.. Mak betui-betui langsung tak tengok muka aku.. Mungkin mak pun sedih.. Anak manja dia nak balik dah..abah je masih setia tengok aku..

Aku tak pasti abah nampak ke tak air mata aku..tapi yang aku pasti abah nampak muka sebek aku..sebab muka abah..penuh nak pujukan.. Yang mengatakan..tak ada apa-apa anak abah kuat...

Tak dapat nak teruskan tulisan..nak reyau(bahasa utara)*nangis

Semoga terus kuat anak manja 😘😘😘😘