Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah...

Itu perkataan pertama yang aku nak sebut..

Alhamdulillah.. Allah masih berikan aku kesempatan untuk menyambung pelajaran keperingkatan yang seterusnya..

Dan masih lagi setia dengan UITM dihatiku..

Entri aku yang sebelum-sebelum ini...aku ada ceritakan macam mana susahnya untuk aku membuat keputusan dalam mengisi borang penerapan degree UITM..(kalau terlepas tengok entri tu boleh klik SINI dan SINI)

program mana yang patut aku jadikan pilihan pertama..

Setelah ditolak, tambah, darab, bahagi, cari x dan y akhirnya aku jadikan pengurusan sistem maklumat sebagai pilihan yang pertama..

Masa sebelum bukak website http://online.uitm.edu.my/ tu untuk tengok keputusan memang berdebar.. yelaa.. tak semestinnya apa kita minta di borang itu yang kita akan dapat.. 

dan semestinya tak tahu mana nak tahu tak dapat nak sambung ke..memang mau nak tercabut bulu roma dekat tangan time nak buka website tu..

Tambahan pulak aku memang rasa curious sangat-sangat dekat kampus mana yang aku dapat..

Sebab aku sangat berharap dapat dekat kelantan juga.. 

yelaa walaupun aku ni anak perak.. tapi bila diploma dah duduk sana.. so memang nak duduk sanalah..sebab dah biasa dengan persekitaraan.. tahu dah dekat mana urusan dapat diselesaikan dengan mudah... 

dan yang paling aku suka.. dekat kelantan ni.. tempat nak enjoy tak berapa banyak.. shopping complex dia..

bayangkan lah dari machang tu nak pergi ke kota bharu(sebab kota bhru je banyak shopping complex besar)..mau sejam juga nak sampai..tu tak campur masa dengan kalau jem..

Tak macam dekat perak.. aku duduk dekat semanggol.. taiping dekat sangat.. dekat taiping tu.. berapa banyak tempat boleh enjoy dan shopping.. tesco, taiping sentral, Aeon mall, taiping mall, giant, the store, taman tasik, bukit larut dan banyak lagi... tu aku baru cakap taiping.. 

tak pergi dekat parit buntar lagi mydin ada.. bukan pasar kemboja je ada..kilang dia terus pun ada..rumah aku pula dah memang dekat dengan sempadan tu boleh pergi dekat belah pulau pinang pula..

So dengan kata nama lain banyak tempat melalaikan yang membolehkan duit aku habis.. (aku ni dah la boros hehe)

Ok banyak pulak melencong hehe.. 

kembali ke cerita yang sebenar.. hoho..

Keputusan penerapan dijadualkan keluar 9.8.2016 pada pukul 3. 

Aku ni saja tak nak tertunggu-tunggu..siap ajak kawan kampung pi taiping jalan-jalan lake garden.. buat spageti makan dekat sana..

Tapi akhirnya aku balik rumah sampai kul 1 petang.. ada lagi dua jam nak menunggu.. 

sesak nafas juga lah..

Macam-macam hal aku buat... supaya tak menanti jam pukul 3.. luaran buat macam tak kisah.. tapi hati punyalah memberontak nak bukak website.. 

pengakhiran dia.. kawan aku mesej.. kata keputusan dah keluar.. sedangkan time tu belum pukul 3.. tapi aku memang dah biasa dengan uitm.. time keputusan exam pun kadang-kadang dia keluar awal..

Sambil tangan terketar-ketar aku tekan butang di screen handphone xioami yang retak sebab jatuh lebih dari 10 kali..

pelahan-lahan aku isi no kad pengenalan di ruang kosong.. butang semakan aku tekan.. sebelah mata aku pejam rapat..sebelah lagi mata aku pejam kecil..tapi masih mampu melihat screen.. (hahaha dah macam ayat novel tuuu)

ok.. First sekali masa dah tekan semakaan tu..aku tengok dekat kampus.. aku tak tengok pun program apa yang aku dapat.. masa tuu... xiaomi aku memang nak jatuh dah dari tangan sebab tangan terlalu terketar-ketar..

Alhamdulillah... 

Kampus : UITM machang, Kelantan..

Bila tengok tu..aku tahu dah program apa yang aku dapat.. sebab hanya satu program sahaja under fakulti pengurusan maklumat yang ada di kampus machang..

Program: Bachelor of information science(Hons) in information system management...
Bersyukur sangat-sangat apa yang aku minta tu yang aku dapat.. tapi rasa takut sangat-sangat sebabnya.. 

aku telah pilih program yang mencabar.. tambahan dikalangan orang-orang perempuan.. bila melibatkan banyak pengunaan komputer..

Bila tengok pulak courses outline nak tersembur mata.. perhhhh...mampu ke aku bawak program ni?? 

Semoga Allah berikan aku kekuatan, ketenangan dan dipermudahkan untuk menghadapi sepanjang pelajaran aku di peringkat ini.. aminnn..

Sedih pun ada.. yela semua kawan-kawan aku.. berpecah.. semua dapat program yang berbeza.. walaupun mereka dapat program berbeza tapi tempat yang sama.. hanya aku yang masih di kampus machang, kelantan..

yang lain dapat di kampus puncak perdana.. untuk program bachelor of information science (Hons) in record management.. dan bachelor of information science (Hons) in resource center management..

Apa-apa pun good luck di tempat baru... Terima kasih untuk 3tahun kenangan di diploma.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..


Kenangan yang mampu mengajar erti persahabatan, kesusahan hidup di zaman belajar.. hadapi risiko kesalahan sendiri bersama.. 

terima kasih semua.. betuilah cakap angah.. lepas ini pasti aku akan merindui zaman diploma.. 

Hiii Machang Kelantan kita berjumpa lagi..