Nota Insan Koleksi Kata Kata Motivasi dan Kata Kata Hikmah

Nota Insan adalah sumber motivasi dan inspirasi diri. Meminati buku, novel, Koleksi kata kata hikmah, dan kata kata motivasi.

Ijazah sarjana muda pengurusan maklumat

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..

Paper kedua exam hari isnin...

Dia punya relax macam paper kedua tu bulan depan. 

ENT300. 

Note pun tak tahu ada di mana. Harap-harap ada lagilah note tu.. hehe

Mencari mood untuk study. Sebelum tu tulis entry dulu..Manalah nak tahu bila asik tengok perkataan dan huruf terus mood tu sampai.

Ok.. Sambungan dari entry sebelum ini.. Siapa-siapa yang terlepas entry yang sebelum ini boleh klik SINI

Sebenarnya permohonan ke penerapan UITM dah tutup dah pun. Tapi saja nak bercerita. Kisah sebelum butang submit ditekan. 

Seperti yang sudah diberitahu pada entry sebelum ini. Program ijazah sarjana muda pengurusan makluamat ada empat kesemuanya sekali. 

Kebuntuan untuk menjadikan antara keempat itu menjadi pilihan pertama yang telah membuatkan diri ini sengsara. 

Antara keempat-empat itu.. yang pasti di isi kekosongan di ketiga tempat kosong itu adalah pengurusan perpustakaan, pengurusan sistem maklumat dan pengurusan rekod. 

Tapi bila nak isi tu.. hati masih teragak-agak antara tiga-tiga yang mana akan aku letakkan yang pertama, kedua dan ketiga. 

Macam-macam cara yang aku lakukan untuk mencari jawapan untuk aku letakan di pilihan pertama.. 

Antara cara yang telah dilakukan oleh aku adalah.. bertanya quiz tak bertauliah pada orang yang langsung tak tahu tentang apa yang aku belajar hahaha.. mangsa yang kena kawan3 sekolah aku.. mak abah.. akak..hehehe.. 


"Hampa sebut je antara empat perkataan yang aku nak bagitahu ni.. apa yang terlintas dipikiran hampa yang tu hampa sebut naaa... PERPUSTAKAAN, SYSTEM, RECORD DAN PUSAT SUMBER. " haa macam tu la soalan aku..

dan jawapan yang aku dapat semuanya pelbagai...bila dah buntu aku cari kaedah lain pula..


Aku tanya kawan-kawan sekelas aku pula. Apa yang dorang rasa aku sesuai antara empat-empat tu..Bukan kebanyakknya..tapi majority sebut SYSTEM. 

Aku masih tak puas hati. Kaedah seterusnya yang aku lakukan adalah cari review dekat blog hakak dan habang senior. Tak berapa banyak yang aku dapat cari..Lepas itu aku buka laman web rasmi fakulti pengurusan maklumat.. Baca semua dekat situ.. 

Tapi masih teragak-agak.. Kaedah yang terakhir aku pergi tanya lecturer aku.. Lecturer yang ambil degree system n degree library.. yang record aku tak jumpa cari hehehe..

Dan jawap yang paling best dari lecturer aku..dua-dua orang lecturer aku cakap senang..system dan library..hahaha.. 

Pengurusan perpustakaan. 

Minat.. tapi tak berapa nak paham. Perpustakaan ini bukan sesenang yang korang pikir tau. Ingat cop buku pastu susun buku je ke.. 

sebelum terjadinya benda2 tu..banyak proses yang akan dilalui..sehingga la diletakkan di rak buku..

Aku suka Bermain dengan buku3.. sebab hobi aku membaca..  tapi.. masih kah engkau sanggup memikul AACR tebal tu dan belajar law dalam tu.. dah macam student law..

Tapi yang membuatkan aku masih berkira-kira untuk membuatkan pengurusan perpustakaan di pilihan pertama adalah result untuk subjek berkaitan dengan library alhamdulillah indah...

sebab semua dalam note tu aku hafal saja.. sedihkan ayat ni..

Pengurusan system. 

Minat.. Aku ni memang minat segala-gala yang berkaitan dengan komputer. sepanjang lima semester aku belajar.. 

Subjek yang buat website, main photoshop, main dengan multimedia yang membuatkan aku enjoy dalam sedih hahaha.. 

Enjoy sebab dapat bermain dengan komputer.. sedih sebab aku memang lemah bab nak design sesuatu yang baru.. dan cantik. 

tapi untuk subjek bedah komputer aku tak berapa nak enjoy sebab.. aku memang susah nk menghafal benda alah dalam system unit tu.. 

dari form 5 lagi dah belajar..tapi masih tak melekat sampai sekarang. 

Untuk program ni yang membuatkan aku masih berkira-kira untuk membuatkan pengurusan system di pilihan pertama adalah resultnya biasa-biasa sahaja.. 



Gambar masa pergi buat research di arkib kedah "abaikan baju yang terlebih besaq.. pinjam yang kakak punya..pi kedah lengang kangkung je tak bawak baju hehehe"

Pengurusan rekod.. 


Jujur dari jiwa..dari hati.. aku tak minat..hehehe.. 

Bukan tak minat..kalau dapat yang ni pun alhamdulillah..

tapi serious sepanjang 5semester aku belajar untuk rekod..rekod center..arkib.. semuanya aku tak faham..

yang aku tahu..bila exam dia..aku hafal je semua..

masa buat research interview pegawai arkib kedah hari tu.. 

apa dia cakap semuanya aku tak berapa paham dan bila dia tanya soalan dekat aku...aku kelip-kelip mata saja.. kawan-kawan yang tolong jawap kan..hehehe..

tapi yang buatkan teringin nak buat pilihan untuk program pengurusan rekod ini sebabnya selepas pergi buat research dekat arkib kedah. 

Sebabnya aku tengok sendiri suasana mereka berkerja. Besttt... sunyi dan sepi... bermain dengan kertas.. aku kn terkenal dengan perangai tak suka bercakap.. so memang kenalah tempat kerja macam tu...

So, inilah ceritanyaaa...

 dan pilihan yang telah aku buat adalah.. system yang pertama.library kedua dan record ketiga... 

Yang mana aku dapat semuanya telah di tentukan oleh Allah.. Kita hanya ikot apa yang telah dirancang oleh yang maha kuasa. Bersandarlah pada kekasih hati yang pemilik seluruh alam ini...

Sebelum tuu..focus pada peperiksaan yang masih berbaki tiga.. Good Luck untuk diri sendiri

0 Komentar untuk "Ijazah sarjana muda pengurusan maklumat"

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info