Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..

Ish..ish.. Ish.. 

Setiap kali exam mesti saya akan update entri untuk blog ni..Tak tahulah kenapa.

Sebenarnya lima kertas telah di harungi.. Semuanya seakan mencemburui diri ini yang telah berusaha bersungguh-sungguh membaca buku..

Soalan terbelit-belit macam soalan sastera melayu pelbagai kata pemanis kata bercorak di dalam kertas soalan tersebut.

Apa boleh buat kita sudah berusaha.. Tinggal tawakal sahajalah..

     Gambar di bukit merah laketown resort..

Sebenarnya nak bagitahu masa balik raya haji yang lepas saya serta keluarga telah berpeluang pergi ke Bukit Merah Laketown Resort.

Jarak antara resort tersebut dengan rumah saya hanya mengambil masa 15mint sahaja.

Dekat sangat...

Saja singgah sebentar selepas pergi kenduri kahwin berdekat resort tersebut. Kami sekeluarga nama sahaja duduk di kawasan tersebut tapi nak jejak ke resort tersebut rasanya 5tahun sekali kut..

Apa pun tak banyak perubahan pun..