Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera..



Usamah bin Zaid
 : Mawaddah

Kekasih dari kekasih, itulah gelarannya
Ada cinta di dalam cinta
Dia cahaya mata dari dua manusia
Yang sangat dikasihi Rasul Mustofa

Ibunya Ummu Aiman pengasuh nabi
Ayahnya Zaid al-Harithah
Kelahirannya beserta satu strategi
Moga nanti menjadi pejuang kebenaran
Moga nanti menjadi pejuang kebenaran

Dia berani, namun berhati – hati
Dia pemalu, ramah, berakhlak mulia
Dia tegas dan tangkas tapi sangat pemaaf
Dia cerdik, tidak sombong makin merendah diri

Kekasih dari kekasih, itulah gelarannya
Ada cinta di dalam cinta
Dia cahaya mata dari dua manusia
Yang sangat dikasihi Rasul Mustofa

Akhirnya tersingkaplah rahsia Usamah
Usianya yang muda bukan menjadi ukuran
Kerana taqwanya menjadi ketua panglima
Berjuang menumbangkan Rom yang megah

Dia adalah singa besi yang berani
Juga abid di malam hari
Begitulah kisah seorang panglima muda
Di kala lapan belas tahun usianya
Yang tak pernah dilupakan Usamah bin Zaid







Daripada nasyid di atas kita sendiri dapat simpulkan bahawa siapa sebenarnya usamah bin zaid.Pemuda yang berani, tangkas dan sebagainya.. Semoga beliau menjadi idola kepada saya dan anda semua.