Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...

Agaknya sudah lama saya tidak menulis tentang buku di sini. Mesti korang ingat saya sudah lama tidak menelaah buku. Alhamdulilah selama saya di bumi machang ini. Sudah beberapa buah buku telah saya habiskan. 

Antaranya yang akan saya ceritakan di sini ialah Bukan Sekadar Resepi karya Roza Roslan. Roza Roslan merupakan penulis yang di minati oleh kak long saya. Semua hasil karya beliau di beli oleh kak long. 

Pernah juga kak long menyediakan kek hasil rujukan daripada buku Bukan Sekadar Resepi. Pertama kali membaca buku tersebut saya juga sudah jatuh cinta dengan karya beliau. 

Jalan penceritaan yang menarik mudah untuk difahami. Bukan Sekadar Resepi adalah buku yang pertama saya baca apabila di setiap resepi yang diberikan mempunyai cerita-cerita yang menarik. 

Ceritanya keseluruhan besar mengenai keluarga beliau. Membuatkan saya merindui masakan emak di kampung. Asam pedas ikan kembong, laksa dan semuanya hasil air tangan emak. 

Disebalik cerita yang di hasilkan terselit pelbagai pengajaran. Pendek kata, semua orang harus beli. Berbagai jenis resepi serta mudah di buat. Antarannya, jemput-jemput ikan wan fatimah, sambal tempe goreng dan banyak lagi.


sumber : http://bukugaleri.blogspot.com/2012/05/bukan-sekadar-resepi.html
50 buah jenis resepi mempunyai ceritanya tersendiri.

Antara petikan yang menarik minat saya..

 Apabila dewasa - semakin jauh berjalan - saya melihat hidangan dan masakan bukan hanya sekadar resepi. 

Makanan yang enak dan lazat tidak semestinya terhasil daripada bahan-bahan mewah, mahal dan perlu diimport dari luar negara.

Ia hadir bersama kisah kasih sayang yang barangkali jarang menjadi bahan penceritaan. 

Bagaimanapun memperolehi resipi masakan adalah suatu perjalanan. Suatu perlambangan. 

Ia hadir bersama hati yang bersyukur, bersifat tulus ikhlas, bersama doa, persahabatan dan persaudaraan. 

Mengenai Penulis 

Rosa Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan adalah bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara(UITM) Johor. 

Sejak akhir 2011, beliau bersama anak-anak berhijrah ke Madinah al-Munawwarah mengikut suami, penulis best-seller, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang memegang tugas baharu di sebuah pusat pengajian di sana.

Dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor, beliau mendapat diploma Perbankan UITM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UITM Shah Alam dan seterusnya MA Pentadbiran Bisnes di Universiti yang sama. 

Seperti tiga buku beliau sebelumnya (terbitan PTS), Bukan Sekadar Resepi membawa kekuatan penceritaan yang mudah melekat di hati pembaca.